Sunday 31 May 2015

TERIMA KASIH SMKAWA DI HATI !


Abang coretkan balik, apa yang Mudir sebut kepada abang2 dan akak2 fasi, untuk renungan adik2. Mungkin adik2 tak faham hari ni, tapi satu masa nanti adik2 akan nampak apa yang abang tulis ni.

“smkawa ingin melahirkan penjawat awam, teknokrat, dan golongan profesional yang mutadayyin”
Soal ilmu agama paling penting dalam kehidupan kita. Sebab itulah abang tekankan ilmu-ilmu yang wajib kita pelajari, dan abang selalu ulang kata-kata :

“kita bertuah sebab masuk sekolah agama”
“jangan duk sibuk nak bercinta kalau bab solat pun kita tak reti”

Abang juga tertarik dengan projek SOLEH PINTAR.

ikhlas ibadah !
santun akhlak !
hemah bertindak !

sebab itulah abang selalu sebut, kita jangan duk kata kat orang, nanti kita kena pulak lepas ni. Adik2, kita jangan nampak kesilapan orang saja, tapi kita kena tengok jugak diri kita ni. Oooo dia tu nakal, kita ni baik sangat ke ? kenapa kita tak tegur dan bantu kawan kita yang nakal tu ? tu lagi baik dik, dari kita mengejek mereka.


“program ini sebagai satu ruang dan peluang untuk abang2 akak2 fasi bentuk diri adik2”





Ini yang Mudir sebutkan dalam pertemuan sebelum program bermula. Adik2, abang dan fasi lain dah buat dan dah curahkan segala yang kami rancang untuk adik2. Kami dah buat modul, kami dah buat LDK, kami dah beraktiviti, kami berkawad, kami qiam dengan adik2.

Sekarang, program SINARAN dah habis, mungkin adik2 takkan jumpa dah abang2 akak2 fasi, tapi harapan kami, adik2 dapat belajar sesuatu dari SINARAN. Adik2 dapat faham apa yang fasi cakap dalam slot dan LDK. Adik2 perlu terus belajar bersungguh2, biar sampai satu masa, kita jumpa di Universiti Malaya. Adik2 sebagai pelajar, fasi2 sebagai pensyarah adik2 J


Best ke tak best ni dik ?

Adik2 nak datang UM kan nanti ?

Jangan risau adik2, abang2 dan akak2 sentiasa menunggu adik2. Sekarang ni adik2 ingat balik apa yang adik2 belajar dalam SINARAN, adik2 praktikkan dalam hidup, dan belajar bersungguh-sungguh !!!


Terima kasih cikgu !









PENGARAH HENSEM TAK ?

hensem sangat . Zzzzzz


Jalinan Masyarakat. JM. Hari ini 31 Mei 2015, sudah tiga minggu berlalu JM. Hasrat di hati nak menulis coretan sejak tamat JM lagi, tapi baru hari ini boleh tulis. Padahal dah draf dari dulu lagi nak cerita apa. (acah2 serius ada draf bagai).

Hujung sem 1, kami bermesyuarat nak pilih MT JM. Bila disebut nama sebagai calon, aku duk fikir. Ish, macam malas nak jadi Pengarah.Takut nanti tak terkejar. *acah2 sibuk. Then that's the decision. Shahrulanwar sebagai Pengarah, Falahi Timbalan, Zaleha Setiausaha, Hajar Bendahari, Saiful Islam dan Syafiqah sebagai Program Coordinator.

Kata hati memang nak menyumbang kepada projek sendiri, tapi risau ribut di kemudian hari. Tapi tak apa lah, kawan-kawan sudah memilih dan meletak kepercayaan, kena perform the best.

So. Masa untuk memilih nak buat projek apa.

Meeting pertama sambil makan burger di Surau Kolej 8, blur tak tau nak buat apa.

Mengajar ?

Rumah anak yatim ?

Gelandangan ?

Street dakwah ?

Ini antara idea awal. Aku kata, "bagi ana, kita perlu buat satu program yang lain dari kebiasaan. Taknak program motivasi-sedih-program sekolah saja".

Yap. They all think like that too.

Hari ke hari, cuti sem bermula. Pesan kami kepada kawan2 di majlis penutup sem 1 sebelum balik cuti (dah la tak ramai datang, nampak benar krik2 di situ. haha), tugas paling utama masa cuti ni tak lain tak bukan : cari idea JM !!!



ni buktinya
Dah namanya cuti, memang tak fikir la pasal UM. Hahaha. Angan2 saja nak bincang dalam whatsapp. Sekali lontarkan idea, tunggu esok baru orang balas. Biasalah, masing2 ada kerja kat rumah, bukan duk melangguk main handset je.

Dan akhirnya kami putuskan menyambung legasi JM sesi lepas di rumah anak yatim. Asma dari awal cadangkan buat JM di sekolah lama dia. Dapat tawaran dari cikgu katanya. Tapi faktor kos, kami batalkan. Bincang punya bincang, rumah anak yatim pun tak jadi.

“ apa kata kita buat modul kita sendiri ? jual modul JFU kat sekolah yang berminat ? wahhhh boleh buat duit ni. Takleh buat ymposium, kita buat modul sendiri pun jadilah. Hahaha “

Modul dirangka. Tentatif awal disusun. Sekolah dirisik.

“ ok. Target kita nak latih bakal kepimpinan sekolah. Ataupun ahli baru badan dakwah sekolah. Kita akan terapkan pasal erti kehidupan (modal aku bercakap untuk sedarkan orang, hidup ni untuk apa sebenarnya, belajar ni sekadar nak dapat A je ke). Pastu kita buat modul pengurusan organisasi. Last sekali modul fiqh dakwah media. Cewah. Hebat gitu. Tambah explorace sikit, main perang sikit, mantap dah tu. “

“ Pastu kita promote kat sekolah-sekolah besar, kalau mereka setuju, kita masuk buat JM kat situ. Pelajar yang keluar dari program ni jadi produk kita yang pertama =D “

Semangat anak muda dan pengalaman warga dewasa perlu digabungjalinkan, untuk menghasilkan suatu hasil yang berimpak tinggi.

Hasil perbincangan, syura majlis ulama’ JFU, meeting, makan dengan Penyelaras, Penasihat, merangkap ayahanda Dr Anuar (ayah Ikmal. #eh), kami putuskan untuk fokus kepada perkara asas. Asas apa ?

Nah. Inilah modul JM kami !

1) Erti Kehidupan

- menyedarkan kita dua tujuan asasi hidup atas muka Bumi – hamba dan khalifah

2) Bersuci

- bab paling awal perlu dikuasai. Tak suci diri, ibadah lain tak berguna

3) Solat

- tiang agama, kunci penyelesai segala masalah. Sounds rhetoric ? belajar dan amalkan, anda akan jumpa dan rasainya J

4) Akhlak

- yes of course. Peribadi mulia ialah refleksi kepada hati anda !

5) ILMU !

- aku pun taktau kenapa, asyik2 aku kena bentang bab ni. Haih. Apapun, tajuk ini penting, supaya kita jelas, ilmu apa kita perlu kuasai. Dan bagaimana ilmu ini mencorak kehidupan kita dalam konteks sebagai seorang pelajar kepada sistem peperiksaan terutamanya. *saja highlightkan point peperiksaan.

Inilah program JM kami. Kami berkelana jauh ke Terengganu (JM paling jauh rasanya). Dan of course, paling gempak ! hahaha.

“ kalau ada anugerah JM, ana rasa JM kita boleh dapat tempat pertama kot “ sambil disokong teman-teman JFU lain. Poyo tak poyo belakang kira, tapi JM memang gempak.

Oh. Ini baru cerita gembira. Dan baru permulaan cerita, sebagai seorang Pengarah kepada program bersama, yang ada markah pada setiap tindak tanduk, yang banyak liku dan konfliknya.





















Thursday 28 May 2015

Anis (Unit Makanan)



Tarikh keramat dalam hidupku.. Pada 7 Mei 2015,tercatat satu episod baru dalam diari hidupku..kenapa ye agak-agaknya??..saje je buat- buat suspen..bukan apa..cuma aku nak kongsikan satu cerita yang aku rasa aku sendiri pun pertama kali berasakan pengalaman yang cukup indah ini..kalau semua nak tahu..jabatan aku..jabatan fiqh usul universiti Malaya..acah2 hebat gitu..hehe..telah organise satu program..bukan senang nak handle satu program ni..ni kalau tak kerana subjek universiti,memang tak buat la..hehe..(ni niat time awal-awal nak pergi program,sampai sana......lain jadinya)..program tu diberi nama yang berapa banyak kali tukar..haha..first kepster..pastu tunas..last sekali..SINARAN..haha..menarik kan..macam program tv..tapi ini program yang lebih kepada pemantapan bahagian ibadat la kalau nak senang cerita..bermulalah bibik2 pengalaman terindah aku di ........nk tahu tak??..di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah..di Besut,Terengganu..bukan main jauh lagi buat program..jabatan aku rasanya yang paling jauh setakat ni..bukan apa..sebab sekolah ni bekas sekolah salah sorang daripada kita orang..

"tak dpt ckp, pegangkn mic pon jadilah"
Nak citer nyer kat sini..ak tak penah pergi program yang aku rasa diri ni dihargai sepenuhnya..fuh..ayat..bukan main lagi..berpuitis malam2..sekolah tu sambut kita orang macam sambut pm..hehe..
Lupa nak cakap..aku kat sana memegang amanah sebagai ajk makanan dan pensegaran dan selaku fasilitator jugak..hehe..tak penah-penah jadi ajk makanan..tiba-tiba dilantik..takpe..boleh jadi pengalaman..

Sepanjang kat sane..semua berjalan lancar..tapi ada satu insiden yang buat aku malu sampai sekarang..haha..(hanya Dr Anuar dan Cikgu Md Nor je yang tahu apa yang berlaku)..hehe..kalau nak tahu Dr Anuar adalah penyelaras subjek ni..dan cikgu Md Nor adalah salah soraang cikgu kat sek ni..

Sepanjang program ni..aku dapat kenal pelbagai jenis perwatakan orang..bukan dengan kawan sejwatan je..malah dengan adik-adik pun..

Rupa-rupanya dia orang ni sangatlah sporting..tak macam kat kelas..senyap je semua..
Time nilah aku kenal erti kerjasama dalam pasukan..
Masing-masing tolong menolong dalam semua hal..langsung tak rasa penat malah seronok buat keje.
Adik-adik pun nampak sangat bersemangat..tu yang jadi satu faktir jugak kita orang rasa nak terus memberi input2 penting dekat dia orang..
Sepanjang program..bermacam-macas slot ada..slot pasal dolat,taharah,kepentingan ilmu,cita-cita dan lain-lain..kalau nak cerita semua..memang tak habis la menulis..hehe..yang penting aku paling terkesan dengan slot paling last..slot bersama adik-adik time sebelum habis program..
Time slot tu ramai adik-adik yang menangis..tak nak berpisah dengan akak-akak dan abang-abang..tapi yang paling rare yang penah aku pergi program..abang-abang dengan akak-akak fasi pun menangis sama..

Nampak tak betapa rapatnya kita orang..
Time tulah aku sedar ukhwah yang terbina ni macam dah lama dah terjalin walaupun hakikatnya baru tiga hari..ni la orang kata the power of UKHWAH..
Apa-apa pun aku paling terkesan dengan apabila sedar aku dah kenal ahli jabatan aku sendiri..yang selama cuma jumpa dalam kelas tume belajar..tak pernah nak kenal dia orang ni dengan lebih rapat..terima kasih la korang semua sebab sudi berukhwah dengan kita yang tak pandai sangat berukhwah ni..hehe..

Jadi setakat tu jelah kot entry ni..kalau nak cerita a to z memang berpage-page la..kesian cik blogger menunggu..hehe..

nak cek nama ada dah amik abc ke belom,hihih
Apa-apa terima kasih korang semua pelajar tahun satu jabatan fiqh usul universiti Malaya yang hadiahkan aku ikatan ukhwah ni yang aku takkan lupa sampai aku mati..nak story kat anak-anak cucu aku nanti..hehe..lupa nak cakap terima kasih jugak Dr Anuar yang sama-sama dengan kita orang dalam menjayakan program ni..jasamu akan terus ku kenang..


Ok..wassalam..smakawa dihatiku..

Tuesday 26 May 2015

Faezah (Unit Cenderahati)

Entry blog SINARAN 2015


 Aku tidak tahu mahu tulis apa dalam entry blog ini.Mungkin sekadar perkongsian dari hati ke hati setelah melalui program ini yang bagi aku sendiri ,program ini cukup hebat.Macam bunyi Indon pun ada tulisan ku ini..hehehee..(maaf semua)


Aku mulakan dengan perjalanan malam hari kami bertolak dari UM ke Besut.Masa dalam bas,tergerak di fikiranku,bermain-main di benak fikiranku..mampukah aku menempuhi kehidupan selama 3 hari sebagai fasilitator.Betul ke tugas yang aku mahu bawa ini…rasa terlalu berat sangat..Aku terfikir sudah cukupkah ilmu untuk aku sampaikan kepada adik-adik yang bersih jiwanya.. yang tidak dicemari oleh benda-benda yang kotor…adik-adik yang baru mahu mengenali kehidupan yang sebenar di sekolah agama… Allah… berat tugas ini… tetapi ku gagahi jua… demi sebuah amanah dan tanggungjawab…Ku lihat Dr Anuar bersemangat,turun padang bersama kami… Semangatku sedikit kuat. Menitis air mataku selepas itu… andai salah betulkan lah ya Allah… ku melangkah walau kudratku sendiri lemah,lemah yang orang lain sendiri tidak tahu ..
……………………………….. * ending*……………………………………………..


Pagi 7 Mei 2015,kami sampai di sekolah.. Perasaanku cukup berdebar tetapi tidak sabar mahu melihat wajah adik-adik.Sampainya kami di sekolah ,kami disambut oleh guru-guru dan adik-adik pelajar…. Terharu sangat …Hanya Allah yang tahu perasaan ini… Rasa besarnya harapan mereka pada kami untuk kami mencurahkan ilmu yang kami ada sepanjang program itu.
Pada waktu pagi,setelah kami diberi taklimat oleh pengetua dan guru-guru tentang sekolah tersebut,kami diberi rehat seketika sebelum memulakan tugas… Aku ditugaskan untuk menjaga pendaftaran pada waktu itu… masa itu,aku sangat letih…macam-macam perasaan yang ada dalam fikiranku pada waktu itu.Tetapi ku gagahi jua..Allah… aku sendiri tidak tahu datang dari mana semangat itu… Semuanya dari Allah…

Sesi program berlangsung… Kami ,sebagai fasilitator menjalankan tugas kami dengan sebaik mungkin… Aku lihat semua kawanku bersemangat semasa program…rasa sangat bangga mempunyai kawan seperti mereka… Walau nampak keletihan,tetapi semangat mereka sangat kuat dan sangat luar biasa pada pandanganku… Seolah-olah apa yang mereka buat semata-mata kerana Allah..Hebat nya mereka..Aku sangat bangga… Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas perbuatan mereka. Pengajaran pertama yang aku dapat,binalah ukhuwah yang teguh semata-mata kerana Allah,tidak perlu akan pujian manusia,biar Allah Pencipta kita yang menilai segala-galanya… ikhlaskan diri kerana Allah walaupun ia sangat sukar… itulah jihad yang terbesar..

8 Mei 2015

-Mood ceria- Program kami disertai lagi dengan aktiviti-aktiviti yang serba mantop dari abang-abang dan akak-akak fasi… pengalaman yang tidak dapat dilupakan,pukul 4.30 pagi,adik-adik ditugaskan untuk turun berkawad bersama abang fuad. Abang fuad yang berperanan sebagai watak ‘‘garang”….memang garang sampai adik-adik mengadu takut dengan abang fuad…hehe…kelakar disitu…

Selepas itu,kami turun berqiamullai.Rasa bahagia melihat adik-adik turun sama ke masjid untuk solat.. Walaupun dalam kepenatan ,mereka tetap jua gagah melangkah di hening pagi.Indahnye saat itu... ku turut rasai bersama rakan-rakanku..
Kemudian di pagi hari, fasi-fasi ditugaskan melalui slot masing-masing. Adik-adik begitu semangat sekali.. nak2 adik-adik lelaki…bising je diorang dalam dewan… bahagia betul…

Petang tu selepas waktu solat Jumaat, teringat pada seorang adik lelaki... bersemangat betul dia nk bentang atas pentas semasa  slot LDK abang shahrul yang tajuknya “ kepentingan ilmu” … Adik2 berebut untuk naik bentang atas pentas…bersemangatnye mereka sampai terpaksa abang shahrul membuat undian siapa cepat dia dapat..semua nak naik pentas…sampai ade yang cakap,abang shahrul tak adil..ade yang sedih tak dapat naik pentas untuk nak bentang..kesian diorang buat penat-penat tapi tak dapat naik pentas..hehehe…Tidak ade perasaan malu pun.Serius..kagum sangat-sangat dengan diorang .. Dari situ aku dapat belajar satu benda dari adik-adik,mereka berani mencuba,tak malu untuk membuat sesuatu yang baru walaupun baru di tingkatan 1…emm..bagus betul… hebat…

9 MEI 2015

~~ Hari terakhir~~ sedihnye…

Pagi tu diceriakan dengan slot akhlak oleh abang disiplin kita,iaitu abang ikmal shahrir… abang ikmal berubah sikap dari garang kepada ceria(mood sebenarnye)..hehe… adik-adik suka ..gelak-gelak dengan abang ikmal… mungkin bahagia dengan sikap abang ikmal yang baru… slot explorace diteruskan selepas itu… aku tidak dapat menyertai mereka kerana ingin menguruskan cenderahati majlis penutup pada petang nanti..Sempat aku dan kawanku yang tercinta,Afiqah bercakap-cakap dengan Dr Anuar.Serius sangat Dr Anuar banyak memberi bimbingan pada kami tentang protokol-protokal majlis penyampaian hadiah… banyak sangat tunjuk ajarnya dan bimbingannya.... pada waktu tengahhari ,pelajar-pelajar disuruh berkumpul di dewan terbuka untuk slot perpisahan…


waktu tu aku dapat rasakan akan ada linangan air mata,ditambah lagi dengan adik2 yang baik2 dan lembut hati semuanya… Allah,sedih sangat bila tengok adik-adik menangis… abang-abang dan akak-akak fasi turut sama menangis…. Hiba.sedih.sebak.semua rasa ade.. tak tertahan rasa sedih nie melihat adik2 memeluk kami dan mengucapkan terima kasih..hanya mampu kukatakan,belaja elok2 dan jaga diri baik2…. Mungkin kasih sayang yang dicurahkan oleh abang-abang dan akak-akak fasi membuatkan ikatan ukhuwah antara kami sangat kuat… membuatkan kami tersentuh..(sedih sangat,tk penah rase sesedihnye sepanjang menyertai kem)…


Majlis penutup berlangsung dengan jayanya… dimulai dengan slot Ustaz Hazrul ,pensyarah UM Nilam Puri..,banyak nasihat berguna darinya.. dan diteruskan dengan ucapan pengarah…


Ibu bapa turut dijemput dlm majlis nie(terharu,nampak mcm besar je program nie,huu) ..



seterusnya majlis penyampaian hadiah … semua kumpulan mendapat hadiah ..tak terkecuali kumpulanku

“Muslimah Mujahidah”…(x sempat nak ambik gambar semua)  .


Last sebelum pulang,adik2 kumpulanku datang berjumpa denganku n kak anis(fasi sejiwaku)…waktu tu aku dapat lihat mereka sangat sedih… aku juga merasai saat itu… mereka mula menangis… aku hanya mampu menenangkan mereka dan menasihati mereka agar jaga diri elok2… sewaktu aku naik bas… ade seorang adik dari kumpulan ku ..(sedih sangat)…

bila dia lihat aku bawak beg untuk naik bas… dia kuat sangat nangis…dan disaat paling bahagia bagiku, adik2 ini berkongsi masalah peribadi mereka tanpa segan silu…seolah-olah sudah lame mengenali ku……bergurau senda…..sampai aku berpikir ape yang aku buat kat diorang sampai adik-adik nie menangis sampai mcm nie… di saat itu aku sedar bahawa layanan kita bukanlah semata2 untuk membawa amanah sebagai fasilitator tetapi lebih kepada pendekatan kasih sayang,kasih saying kerana Allah dan sikap ambik berat terhadap mereka… sebab tu mereka sangat sayang pada kita…. 

 Mereka sangat memerlukan kita…tetapi bukan selamanya kita dapat membimbing mereka….kerana aku ingat kata-kata seorang fasi ini.. dia ckp “kita nie fasilitator hanyalah sebagai pembuka jalan untuk mereka lebih dekat pada Allah kerana yang memberi petunjuk dan hidayah itu Allah”..”kita ibarat pembuka kunci untuk sebuah rumah.kita sendiri tidak mampu untuk terus memasuki rumah tersebut dan selongkar semua benda yang ade dalam rumah tersebut,hanyalah sekadar pembuka kunci pintu rumah”…. Aku ingat kata2 itu membuatkan aku lebih menghargai diorang sepanjang 3 hari kami berkampung di sekolah itu….. Aku sedar bahawa mereka perlukan kasih sayang dan bimbingan lagi…mereka masih muda..masih mentah dengan kehidupan ini….yang masih bersih untuk dicemari dengan benda kotor dari luar…

Semoga ingatan mereka pada kami, fasilitator ini sebagai ingatan tulus ikhlas kerana Allah,ingatan yang membuatkan mereka lebih baik ke arah kebaikan,ingatan agar lebih hebat dan bukan semata-mata ingatan yang kami pernah berprogram di situ saja......

Sejujurnya,kem ini paling terkesan dihatiku sendiri….(entah kenape)


Afiqah Khadri (unit cenderahati)


~PESONA MAWADDAH~

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
Kak Afiqah dan Kak Aish punya cerita.
Pesona Mawaddah adik-adik tercinta,
Taatilah Allah yang Maha mencipta.

(inilah nama kumpulan yang dapat ANUGERAH KUMPULAN PALING RAJIN)
Akak-akak fasinya..kak Nurul Afiqah Bt Khadri dan kak Rohadatul Aish Bt Ab Razak..

*Alhamdulillah..*


Kumpulan Pesona Mawaddah yang baris pertama tu..sebab kumpulan ni always FIRST!


Aqilah Binti Abd Aziz. Kelas 1 Ali.
Sebelum perbentangan nak berlatih ngan akak fasi dulu katanya..


Kumpulan Pesona Mawaddah dapat hamper besar… ANUGERAH 6 KUMPULAN TERBAIK..^^..



Aik? Ada 6 orang jer?? Maklumlah..yang lain tengah bersiap-siap nak balik rumah dah..




Hari perpisahan..keceriaan terserlah


Jannah Zafirah comel dan lawa,
Minta cikgu Wan belanja puding.
Soleh pintar di SMKAWA,
Teruslah maju ke menara gading.


Khusyuk sangat berbincang sampai tak prasan kena snap..ni lah contoh pelajar terbaik.
Semangat menuntut ilmu..^^..


“Hal antum musta’iddun?” Tanya bro Ali,
Jeritan “Balaa!!” satu dewan digegarkan.
Ilmu fardhu ain penting sekali,
Ilmu thaharah jangan dilupakan.


Slot Ice Breaking : Adik-adik Soleh Pintar ni kena cipta nama kumpulan, logo dan trademark kumpulan. Kena kreatif ni..

Muslimah Mujahidah ni antara nama kumpulan pelajar perempuan..(mestilah,dah nama pun Muslimah..==’)


 Kumpulan Flower Girls dah siap dah logo dia..bunga Raya ke tu? Semangat patriotik! ß-nilai-nilai murni yang boleh ditulis dalam karangan.


Bunga Raya warna merah,
Bunga Ros pun warna merah.
Pada Allah kita berserah,
Tuntutlah ilmu jangan menyerah.


Eh! kumpulan Muslimah Awesome pun dah siap lah..masa untuk berlatih trademark pulak..

*maaf sebab sempat tangkap gambar beberapa kumpulan jer..sebab sibuk uruskan adik2 Pesona Mawaddah lah katakan..(kakak mithali..amin..)


Pengalaman 3 hari bersama adik-adik SMKAWA memang tak dapat dilupakan..

Kak Syafiqah sentiasa berjaga,
Tugas dilaksana tak pernah alpa.
Adab berguru mesti dijaga,
Hormat ibu bapa jangan dilupa.

*Semoga apa yang abang2 dan akak2 fasi sampaikan tidak hanya digunakan selama 3 hari sahaja, tetapi biarlah ianya berpanjangan hendaknya.
  

Farah (Unit Dana)

EH ! ADIK2 AJAR KAKAK DAN ABANG FESI?? ”

3 tahun pencen dari jadi fasilitator, semester ni ambil subjek Jalinan Masyarakat rasa macam diseru untuk jadi fesi balik (ala-ala macam seruan jihad gitu). Perasaan cuak ketaq risau gemuruh (eh macam lagu tema la pulak) bergabung jadi satu! ‘aku ni boleh lagi ka jadi fesi ??’ sebenarnya lebih kepada risau tentang  penerimaan adik2 memandangkan ramai yang cakap  aku ni jenis yang serius , so takut adik2 tak boleh nak masuk. Fuhh cuak habis!

                     
 (berdebar-debar ja nak masuk skolah ni..)

                                   
Out of the blue (speaking cket) bila sampai ja di SMKA Wataniah, tengok muka adik2 yang super duper happy dan excited , tahap keyakinan tu naik la cket. Tapi masih bukan di tahap 200% macam drama dalam tv tu la. Mungkin dalam 65% (rasanya la). Masih lagi memerhati respon dan reaksi adik2. Sebabnya aku ni jenis yang susah untuk ‘masuk’ dengan orang. Means jumpa2 tu tak terus kamceng la. (Nampak tak aku ni kejam sebenarnya haha)



                                     
Bila adik2 dah dibahagikan kepada kumpulan masing2, alhamdulillah aku dan fieza (partner terbaik aku)  dapat adik2 yang sporting dan tak pasif. (tak pasif tu yang penting sebenarnya). Ok naik la cket lagi kepada 75% aku punya tahap keyakinan tu.
(muka2 bahagia Flower Girsl J )

Bila duduk dengan adik2 ni, tak bermakna kakak2 dan abang2 fesi saja yang menurunkan ilmu yang dia ada. Sedar tak sedar banyak benda yang dah diturunkan oleh adik2 ni kepada aku. Dengan mereka, aku ‘dididik’ nak mencapai cita2 tu bukan hanya dengan angan-angan, walaupun angan-angan kita tu sehebat dan secantik Taj Mahal. Berdamping dengan mereka hatiku ‘dikejutkan’ dari zon selesa bahawa tak semua orang dapat rasa nikamt dan lazatnya kehidupan seperti mana yang kita rasai sekarang. Bersama mereka, aku ‘disedarkan’ yang tak semua orang dapat rasa kasih seorang abah dan mama. Benda-benda ni dah menyentapkan aku secara halus tanpa aku sedari.

Kak Farah, saya malu nak baca Al-Quran depan akak. Saya tak pandai baca sangat. Dekat rumah mak saya jarang suruh saya baca Al-Quran. Kalau salah akak tolong betulkan boleh?’.

Ya Allah, hiba rasa bila dengar luahan seorang adik yang jujur bagitahu kelemahan diri dia. Bukan semua ada kekuatan untuk jujur macam tu. (aku sendiri tak pasti sama ada mampu sejujur tu atau tak). Dari sini, aku dapat buat sedikit kesimpulan (mungkin kesimpualan yang ringkas, bukan secara spesifik) bahawa peranan ibu bapa dalam mendidik anak2 sangat penting. Kerana didikan pertama yang sepatutnya mereka dapat adalah daripada ibu dan ayah.

Bermula lepas daripada borak-borak santai dengan adik2 tu hari Khamis malam, aku berazam, 2 hari yang berbaki, akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Terbayang-bayang adik kandung aku sendiri yang lalui benda-benda tu semua. Sekurang-kurangnya aku puas bila dapat lihat walau secebis senyuman di wajah adik2 tu.  Dan aku dapat lihat benda2 tu bila nyanyi lagu tema dan explorace. Tak boleh nak dinafi, baik kanak2 mahupun dewasa, fitrah manusia memang sukakan hiburan.

‘Nikmatilah dik, kalau tu yang boleh buat adik bahagia. ‘
Abang2 dan kakak2 fesi tak boleh beri jaminan yang adik2 akan dapat kuasai 100% enam modul yang kami sediakan. Tapi, kalau adik2 dapat baca Al-Fatihah dengan lancar, mampu bezakan rukun dan syarat sah solat , berakhlak dengan akhlak seorang mukmin, dan mampu jadi anak yang terbaik buat abah dan mama, kami dah bersyukur dik. (syahdu la pulak tiba2)

Ehemm, yang paling penting, adik2 Flower Girls memang ohsemm! Adik2 banyak ajar k.farah tanpa kalian sedari. Alfu syukran dik. Tak berhubung melalui whasep, tak bertanya khabar melalui telefon dan tak berbalas komen di Fb tak bermakna kalian terhapus dari ingatan. Doa sentiasa dititip agar kalian sentiasa berjaya dalam apa jua yang kalian lakukan dan sentiasa menjadi anak yang ohsemm untuk abah dan mama insyaAllah


adibah fitriah ( unit makanan)


salam alaik , nama diberi Nur Adibah Fitriah . asal jitra . oke dah .  asalnya x setuju pon jalinan masyarakat buat dekat besut . rasa macam jauh je , dah kenapa x pilih yang dekat dekat je . kalo gitu buat la dekat kedah . bole tengok negeri ku i mean rumahku . hahah tetapi ini   *semua ini pemberotakan hanya di dalam hati . lama lama tuh bole la terima . peace

akhirnya ,

89 peratus berubah jugak presepsi ak terhadap tempat jalinan masyarakat kami . hahak .  semuanya prefect . makanannya , tempat tinggalnya smua tip top . thank you pihak skolah kerana memudahkan unit makanan .

bermulalah perjalanan sebagai fasi kepada kumpulan ukhwah fillah , adik adik akak sihat ? harap sihat dan ceria selalu .  kali ni berganding dengan afiqah nazirah .  awal awal tuh adik adik macam sombong sikit , eh adik ke akak ni . haha .




perkenalkan ni kumpulan ukhwah fillah

dalam program tuh ak selalu tercari kumpulan sendiri , kebanyakan slot jugak tuh . adakah salah aku atau situasi . kiki . tapi adik adik ni yang panggil ak "akak , sini akak"  . awal awal kak diba rasa kekok jugak korang . mana taknya masa taaruf depan korang suma atas pentas , penyakit dikdik datang . hahah . neves sikit . tapi akak control jugak depan adik adik . akhirnya kekok tuh hilang , diganti dengan rasa sayang . ayat win punya . hahah

ada satu slot tuh , slot akhir rasanya . ala yang kak diba cakap dekat awak awak semua jangan menangis tuh .  lahir dari hati tau tuh . kak diba rasa macam bukan kak diba yang cakap . yela , i dont like to speak depan orang ramai . over je kan . sayu je tgok korang nangis , yana yang payah nak nangis pun menangis . oh sedih . tapi x dan pulak tngkap gmbar group kita , haha . 


ok first , akak rasa comel nk cakap dekat adik adik , hahaha

antara insan yg kuat tangisannya . hihi . peace adik

jatuh jugak air mata insan bernama lelaki
sweet ending .....


bahagia itu perlu 

asma , kak diba suka gambar ni . win*


yes kumpulan kita menang hamper besar , i collect untuk awak semua . hahah. oh well

hmm . program dah habis , moga adik adik dapat input berguna . jadi insan yang berguna untuk semua oke . promise me .

abil dengan syabee look me . hahahah *padahal memasing bertekak .



hmmm . jari jemari dah malas 




comel tak syabeee.
location : di gurun rantau panjang .
sempat beli beg untuk umi je . oh sad


pesanan untuk semua .

" kalo kita positif dengan diri kita , orang lain jugak akan merasa nilai positif itu "


pss untuk adik adik ; belajar rajin rajin tau . jadi anak yang taat untuk kedua ibu bapa . 
Kawanlah dgn org2 yg baik. Ia sgt membantu menjadikan kita org baik juga
pssss ; untuk adik beradik jfu sekalian , perkenalan kita masih panjang , seronok dengan awak semua . 
oke done .







adibah fitriah
antara orang orang yang terakhir hantar entry ini , 
8.44pm
selasa 26/5/205






saiful islam ( Unit Pengisian )



I see a young man with potential”. Harry, Kingsman. Eh.

Alhamdulillah thummal hamdulillah.  

Akhirnya setiap penat lelah yang dikerahkan telahpon berakhir dengan pelbagai kebahagian. Wahahahaha. Gelak Puas.

Throwback sebelum program,

Siapa sangka, saya diberi peluang pertama kali untuk bergerak dalam unit pengisian. Memang azab. Secara am nya, tugasan unit pengisian adalah merangka sepenuhnya perjalanan program dari awal sehinggalah akhir program (Dari A to A). Ya! sangat menyeramkan...

Pada awalnya,

Kami dibekalkan 3 orang sahaja unit pengisian (saya, kak Syafiqah dan kak Afiqah Nadzirah). *bunyi macam main explorace je.

Agak penat la kena memikirkan 3 hari punya program, 6 modul yang perlu disiapkan, persiapan Training Of Trainer kepada fasilitator lagi, slot-slot tambahan kepada peserta, buku program, lagu tema beserta gaya, aktiviti riadhah dan aktiviti-aktiviti refreshment. Fuh, berpeluh-peluh.

Memang sangat mengujikan >,<


Inilah kami 3 orang peneroka awal unit pengisian (yang bertag nama) bersama penyelaras subjek dan cg mad noor. Ada makna tu dua jari yang diangkat oleh Mr A kita. Huhu

Kemudiannya unit pengisian diserikan dengan kehadiran kader-kader hebat yang baru. (Bro Ali, Kak Asma, Kak Abil, Kak Anis, Kak Afiqah khadri). Syukur, kami diberi orang yang berpengalaman didalam unit pengisian program. 


Muhasabah selepas riadhah petang. Hee




Besday sapa la agak nya.. hmmm


Tutup mata semua!!!!… nanti masuk air… hahaha


Alhamdulillah, walau pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang program, Allah gantikan pelbagai ujian tersebut dengan nikmat kebahagiaan yang tidak ternilai. Itulah UKHUWAH !!!

Daripada ujian-ujian inilah, kami mampu mengenali lebih rapat sahabat-sahabat  JFU 14’.
Kami juga dapat berkenalan dengan adek-adek form1 smkawa yang osem. Memang terbaik.

Terima kasih, kami ucapkan kepada Dr Anuar selaku penyelaras Jalinan Masyarakat yang banyak mengajar kami khusus didalam bidang protokol majlis. 


Haadza min fadhli rabbi. Lap air mata. 


Yeay! Dapat hadiah daripada adek2 semua. Terima kasih kepada yang memberi. =D


Kepada The Brothers!!!... terima kasih kerana berikan kerjasama yang baik.
Seronok dapat berkenalan. Moga kita berjumpa lagi ye. Rileks Bro…
Sayang team ni..



Dalam gambar : Shirazi, Hariz, Amey, CK, Aiman, BoB. Yang Takde:Muaz, Saiful, Faris.

Akhirnya,

Kepada adek2 SMKAWA, abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kejayaan adek2 semua.

Pesan abang, Jangan lupa baca quran setiap hari. Sekurangnya satu muka satu hari.
One Day One Page.  ODOP !!! sebut elok2, Bukan Lolipop… ^_^

Jaga hubungan kita dengan Allah, Jaga hubungan kita dengan Rasul, Jaga hubungan kita dengan Mak ayah, guru2, tak lupa juga dengan kawan2-kawan semua.

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)”

 [ 43 : 67 ]




----->Uhibbukum Fillah.  
SAIFUL ISLAM ^,^