Tuesday 31 March 2015

12/03/2015 Perjumpaan membincangkan skop tugasan





Tempat   : Anjung Surau
Masa      :11.00 A.M

Perjumpaan kali ke -4 menbincangkan mengenai skop tugasan bagi setiap unit. Kami belum mendapat kata putus untuk memilih sekolah untuk berprogram memandangkan kertas kerja projek masih lagi didalam penyelenggaraan.

Antara lain yang dibincangkan:
-setiap unit tugasan memberi maklumat mengenai kelancaran tugasan masing-masing
-menambah baik pengisian didalam program


Perbincangan unit tugasan bahagian masing-masing

11/3/2015 Perjumpaan pertama bersama penasihat Dr.Anuar


Perbincangan bermula dibilik pensyarah.


Berpindah ke bilik mesyuarat kerana melibatkan hampir keseluruhan pelajar.

Tempat   : Jabatan Fiqh Usul
Masa      :10.00 A.M.

Perjumpaan kali ke -3 kami melibatkan penyelia bagi kursus Jalinan Masyarakat Jabatan Fiqh & Usul iaitu Dr, Anuar. Penyerahan kertas kerja projek untuk disemak dan ditambahbaik oleh pihak kami. Beberapa perkara kurang dipersetujui oleh penyelia kami dan kami mengambil keputusan merombak semula kertas kerja tersebut:

Antara perkara lain yang dibincangkan:
-kesesuaian sekolah yang dipilih untuk menjalankan program
-modul pengisian mengikut kesesuian program
-anggaran belanjawan yang diperlukan

9/3/2015 - Susulan dari perjumpaan yang lepas




Tempat: Anjung Surau
Masa: 3.00 P.M

Perjumpaan yang ke -2 ini membincangkan mengenai tempat yang bakal dilaksanakan kerana pada pertemuan yang pertama kami mendapat kata sepakat ingin melakukan di tempat anak-anak yatim. Setelah meneliti dan mengkaji didapati bahawa tempat tersebut tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu.

Antara lain yang dibincangkan:
-Pemilihan sekolah yang sesuai dengan modul yang ingin disampaikan.
-Unit pengisian membentangkan modul
-Berbincang dan memilih modul-modul yang terbaik untuk disertakan dalam program


5/3/2015 - Perjumpaan pertama Jalinan Masyarakat


Tempat: Anjung Surau
Masa: 8.00 P.M

Perjumpaan ini bertujuan mengambil kata sepakat dalam memilih program yang ingin dilaksanakan.

Antara program yang dibincangkan:
-aktiviti dirumah anak yatim
-berprogram di sekolah

Selain itu, juga membincangkan bentuk program yang ingin dijalankan. Kami bersepakat menjalankan aktiviti di rumah anak yatim.