Thursday 18 June 2015

Ammar (unit dana)

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh,pertama sekali, sebagai hambaNya, tidak moleklah kalau aku tidak ucapkan kalimah syukur, Alhamdulillah, atas bantuanNya dan nikmatNya  yang tak terhingga sehingga program jalinan masyarakat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, inginku ucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang membantu terutama ayahnda, dan tidak lupa kepada pensyarahku, Dr. Anuar, yang banyak memberi peringatan, teguran dan dorongan kepada diriku ini, dan juga kepada rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi dikala susah dan senang



Unit dana

Ingin aku ceritakan sedikit bagaimana keadaan sebelum program ini bermula. Aku telah ditugaskan sebagai ketua unit dana untuk program ini. Aku pada mulanya tidak begitu setuju dan rasa terbeban dengan tugas ni dan tak buat apa2 usaha untuk mencari dana sehinggalah minggu terakhir. Pada minggu terakhir itu, aku mendapat mesej teguran daripada Dr. Anuar. Aku baca dengan penuh teliti dan tekun dan entah bagaimana kata-katanya itu terus meresap ke dalam jiwa. Aku tiba2 jadi semangat untuk melakukan tugas tersebut. Pada keesokan harinya, aku terus balik rumah dan meminta panduan dari ayahku tentang cara memohon sumbangan dana secara profesional(bajet2 je kan). Dan dia telah mencadangkan beberapa nama untuk memohon sumbangan dana. Dan alhamdulillah, pada panggilan telefon yang pertama aku buat, jiran dekatku, En Halek, telah memberi sumbangan dana sebanyak rm1000 ! aku terkejut beruk ! hasil daripada sumbangan itu, ia membuatkan aku lebih semangat untuk mencari lebih banyak dana. Dan alhamdulillah, akhirnya, aku berjaya mendapatkan sejumlah wang yang agak banyak angkanya.hehe

"ABC ni bkan dri unit dana tau!! ni ad org blnje...=)"

Kenangan manis

Aku rasa amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan sekelompok pelajar yang sangat aktif dan sporting. Pada kali pertama aku menjejak kaki di dalam sekolah itu, aku dah tahu yang program ini akan menjadi sesuatu kenangan yang hebat dalam hidupku.  Masa aku mula-mula bertemu dengan para pelajar. Aku dah scan pelajar mana yang paling aktif. Dan aku dah letakkan target untuk jadikan dia sebagai ahli kumpulan aku sebab aku yakin yang dia mampu untuk menjadi pemimpin yang baik.Ahli2 yang lain saling melengkapi antara satu sama lain. Dan sejujurnya, sepanjang berlangsungnya program ini, aku sebenarnya banyak belajar dari mereka. Mereka secara tak langsung mengajarku erti  kejujuran. Sikap mereka ini amat mengagumkan aku. Sungguh aku sayangi mereka. Hari demi hari berlalu bersama mereka, hatiku semakin dekat dengan mereka seolah-olah mereka ini adik2 aku.  Dan apabila tiba hari perpisahan, entah mengapa aku perasan, yang aku lebih sedih dari mereka (emotional gitu.lol). Dari lubuk hatiku ini ku mengharapkan mereka menjadi insan yang berguna dan semoga perkongsian yang aku telah kongsikan bersama mereka akan berguna. 







Wednesday 17 June 2015

Fiza ( unit dana )

Di Sini Lahirnya Sebuah Pertemuan....

Alhamdulillah…

Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kami, adik-beradik JFU menyempurnakan tugasan Jalinan Masyarakat dengan jayanya..Medan ilmu SMKAWA menjadi wadah pertemuan kami, pelajar Tahun 1,Jabatan Fiqh Usul dan adik-adik soleh pintar Tingkatan 1,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah,Besut.

"Sinaran 15",

Hanya kalimah syukur dapat kami panjatkan ke hadrat Ilahi,program KEM PENGHAYATAN SAHSIAH TUNAS CEMERLANG "Sinaran 15" diterima baik oleh pihak sekolah dan adik-adik SMKAWA. Besar harapan kami agar program yang sekian lama dirancang mendapat sambutan daripada adik-adik SMKAWA.Terima kasih adik-adik (terharu sangat)…

Pengalaman indah,
'Sinaran 15' memberi seribu satu pengalaman kepadaku. Aku ditugaskan sebagai Ajk Unit Dana dan Tajaan di bawah seliaan ketua yang sangat berdedikasi lagi cekap, Saudara Ammar dan Saudari Farah.Aku juga ditugaskan menjadi fesi berganding bahu dan memerah keringat sekali lagi bersama Saudari Farah.(Ajk yang setia kot).Hahahaa.Kami menjadi fesi bagi kumpulan Flower Girls.Alhamdulillah,kami dapat adik-adik yang aktif plus sporting plus berani..Bangga sesangat tengok adik-adik bersemangat time program.abg2 n akak2 fesi pun tumpang semangat sekali.



Logo kumpulan Flower Girls,nama kumpulan secantik bunga raya itu..huhu


Terjalinnya satu ukhwah,

Melalui program ni jugak,aku dapat mengenali ahli JFU dengan lebih rapat lagi.Ni laa salah satu benda berharga yang ahli JFU dapat dari program ni.Persahabatan ini bukan hanya sampai di sini, tapi In Sha Allah sampai bila-bila.Moga ikatan ukhwah yang terjalin ini diredhaiNya dan kekal berpanjangan.



Ukhwah itu sangat indah..Moga ianya berpanjangan..


Pesanan Penaja

Ngaji bia panda…
Pranga bia jjuruh..
Hidup bia buleh tupe…



Monday 1 June 2015

MANA PENGARAH NI ??!!!




naik hilux nak cari pengarah kat rumahnya

Akhirnya, kebimbangan menjadi realiti. Pengarah hilang dari radar. Tak dapat dikesan. Tak dapat dijejak. Tidak tahu di mana keberadaan. Lost. Tak dijumpai. Menghilang. (tak online whatsapp je sebenarnya. kiki)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
“ ya ana akui, sepanjang banyak-banyak program yang ana handle, atau jadi Pengarah / AJK, JM kali ni lah rasa paling tak function sekali. Aku akui kesilapan aku. “

Ayat ni keluar dari mulut, sejurus sebelum post morterm berakhir. Afiq cakap, Pengarah buat luahan perasaan. Hahaha.

Ada beberapa keadaan dan waktu yang aku rasakan betul-betul tidak function. (tidak perlu diceritakan di sini. Haaa).


Sebab itulah, aku benar-benar berterima kasih kepada Timbalan Pengarah, Kak Falahi yang banyak back up, susun gerak kerja dan mengingatkan. Juga kepada Dr Anuar, Penyelaras dan Penasihat kami yang cukup sharp dalam gerak kerja, cakna dan prihatin kepada setiap perkara, selalu belanja makan, memperbetul apa yang silap dan kurang menarik.



Cukuplah senyuman ini menggambarkan ucapan terima kasih



Jadinya……… entry ini memang nak ceritakan mengenai anda semua, Ahli JFU merangkap AJK JM !

MT

Bekerja dengan orang yang lebih berusia dari kita memang agak kekok pada mulanya. Ketiga-tiga MT lagi senior dari saya. Tambahan lagi, seorang Hafizah, seorang yang kemas kerjanya, seorang bekas YDPAH yang dihormati sewaktu di Nilam Puri dulu. Tapi apa aku kisah ? Redah ja semuanya. Hahahaha. Sebagai seorang yang tidak suka sangat kepada kerja kemas, berstruktur, berorganisasi, berprotokol, berdokumen-dokumen (ye ke ? sebenarnya malas nak serabut-serabut. Yang aku tahu, kerja mesti siap !), maka gerak kerja JM pada pertengahannya agak hilang arah. Ahli tidak tahu nak buat apa. (sebenarnya semua sudah diberitahu, cuma tiada dokumen bertulis. Semua keluar dari mulut sewaktu mesyuarat sahaja). Jadi apa aku belajar di sini ialah –

Anda tidak boleh expect semua orang seperti anda

There is variety of people, with variety of potential. Seorang ketua yang cekap, dia kenal potensi ahli, dan bagaimana mahu memaksimumkan dan mengoptimumkan potensi ahli tersebut. *perkara yang selalu dicakap-cakapkan sedari dulu, tapi banyak kali juga tindakan aku tidak menggambarkan perkara ini

Sejurus kami menyedari perkara ini, kami cuba membaikinya. Kami bekerja dengan sistematik. Ada checklist tugas yang perlu disiapkan, ada flow, ada dokumen bertulis, ada peringatan minit, ada perjumpaan tak rasmi dsb. At this part, MT lain menjalankan tugas dengan terbaik dan mantap. Setiap unit dibantu, diberi tunjuk ajar. Dan apa yang penting, semua KERJASAMA menyiapkan tugasan unit. That’s the key and the turning point for our JM.

Secara individunya, aku belajar pengurusan idea, dan pengurusan sumber manusia dari mereka ini. Topik ini aku pernah kuliahkan kepada adik2 sekolah maahad, dan aku pun sedari benda ni dari dulu, aku pun pernah ditegur dan menegur mengenai ini, tapi when it comes to reality, biasalah, kadang-kadang kita terlepas pandang. Itulah pentingnya kerja sepasukan. Aku topup kau, kau topup aku. Aku marah kau, kau ingatkan aku. Tahniah kepada Kak Falahi yang cakna dan serba serbi tahu (cuma agak ralat sebab tak bangkitkan dari awal isu tarbiyah ruhiyah, ana pun selalu duk ulang dalam meeting pasal ni, tapi mungkin ada certain part yang tak nampak) *menarik ialah selalu mengucapkan ucapan zikir-Basmalah-InsyaAllah-dan kalimah2 yang baik, Zaleha yang cermat, dengan bahasa melayu tinggi skema dan bersastera nya, Kak Hajar Tokey Takaful yang kerjanya hari-hari bahkan setiap masa menghadap laptop dan tab mengupdate duit (ni tanda bisnes untung kan. hehhe).


PENGISIAN



Penggerak utama

Kita letak orang paling power bab modul dan adik2 dalam unit ni. Iaitu Saiful Islam ! Bahkan aku memang dah lama pikir, sepatutnya kau naik jadi Pengarah pulam. Haha. Let me rest and do other job.

Teamnya Syafiqah, Afiqah Nadzirah. Dalam entry depa, depa duk cerita yang tak cukup ahli nak pikir hal pengisian. Dari 6 modulnya, ke explorace, lagu tema, gaya, refreshment, isi masa kosong. #memangsakitkepalapun. Ditambah lagi aduan dan tangisan pulam mengadu hal rombakan tentatif. Sob2. I know that feel my bro.

Mereka paling kerap meeting. Team mereka diperkuatkan dengan kehadiran Ali, Asma, Abil, Anis, Afiqah Khadri. Rancang punya rancang, tadaaa terhasil lah program JM kami ni. Tulang belakang JM.

Memang kami dari awal-awal lagi sudah tegaskan.

“ kita bukan sekadar nak penuhkan jam kredit, tapi kita nak pastikan jalinan masyarakat tu benar-benar terjalin, kita nak pastikan adik2 ni faham apa yang kita nak sampaikan “

Apa dia ?

- sedar erti kehidupan mereka. Saat masuk Tingkatan 1 (adik2 bertuah kerana masuk sekolah agama), adik2 perlu sedar terus yang adik2 hidup ni untuk apa sebenarnya. Itulah yang kami abang2 akak2 fasi nak adik belajar dalam JM ni, bukan saja2 adik2 menangis malam first tu. Huhu.

- kedua kami nak adik2 faham bab bersuci, tahu dan reti bab solat

“ jange duk mmikir bab nok ggewe kalu bab semaye pun adik2 x lepah “. Pesan abang hensem di Dewan di waktu adik2 keletihan sebelum masuknya Jumaat.

- dan yang akhir sekali, kami nak adik2 jadi jjuruh. Akhlak comey.

Benda ni lah yang Team Pengisian brainstorm pecah kepala duk fikir nak buat aktiviti apa kat adik2. Salute semua !

Ali selaku Kem Komandan, ketua fasi yang menangis sampai tak sanggup handle slot resolusi
Syafiqah & Afiqah yang bertungkus lumus berjaga. Waktu sebelum program, kerja duk meeting je. Nak tunggu setiap pembentang modul hantar modul pun satu hal. Semua lambat. Haha. So tahniah !
Asma. Sebagai tuan rumah, dia telah melaksanakan tugas yang terbaik. Selalu update, selalu tanya, selalu bagi maklumat, selalu dan selalu.



buat kerja banyak sangat sampai jadi gelandangan


Abil. Even you are a Singaporean (so maybe there’s some miscommunication, language problem), but I think you enjoy this JM so much, that I always see your picture with burst laughter. Even a mistake during explorace that had make Pulam ‘angry’. Hahahaha.




this is just one of many example Abil *kau dah kenapa adiba



PROTOKOL

Ikmal diberi tugas sebagai AJK Disiplin. Memang dia ni seorang yang ‘boleh jadi tegas’ dengan hanya membuat muka beliau tanpa senyum. Antara seksa dalam program ialah menjadi AJK Disiplin. Di saat orang lain boleh bergembira, kita kena berkerut saja sepanjang masa. Haha. Tapi paling best ialah di hujung program, bila kita lah antara yang dihargai dan dikerumuni adik2 peserta. Itu tandanya disiplin yang kita bawa berkesan dan berjaya. InsyaAllah. Salutasi juga kerana berjaya mengubah on the spot pembawaan slot akhlak (dari menyentuh hati-sedih ke gembira-ceria-suka). Bukan calang orang boleh ubah secara spontan, at that time.

Fadhilah & Ain yang menyiapkan masterplan dan flow majlis. Antara sebab aku tak suka masterplan atau kerja berprotokol ialah kita tidak pernah ikut pun masterplan yang kita buat. Dah la membazir fotostat tebal2. Haih. Benda ni selalu berlaku dalam mana-mana program. Sesuatu yang perlu kita renungi bersama. Fadhilah datang lewat kerana sakit.


MAKANAN

Anis kata takde kerja sangat, sebab makanan disponsor, disediakan, diuruskan oleh pihak sekolah sepenuhnya. Torbaik. So dia banyak tolong unit pengisian.
Adibah ni musuh utama aku. Hahaha. Sepertimana Anis, dia banyak tolong BFF dia uruskan blog. So adik2 baca blog ni, ni hasil kerja si Adibah nil ah
. The best part bila time dia berucap kepada adik2 : “kak diba tak suka orang sedih2 ni”. Ini win !





orang tengah mood sedih, dia datang dengan ……



TEKNIKAL DAN PERSIAPAN TEMPAT

Ini roommate aku, Fuad. Juga ditugaskan sebagai AJK Disiplin. Aku gelak bila nama dia dicadangkan jadi disiplin. Hahaha. Mana taknya, dia sendiri gelak semasa handle kawad sebelum qiam. Adik2 pun ada yang perasan. Yang paling win bila :

abang tak kisah adik2 tak kenal nama abang”

Maryam dan Aisyah. Kerja balik tabir ni pun tak best jugak. Sebab tak boleh bersama adik2. Tapi sumbangan cukup besar. Tanpa unit ni, takde lah adik2 dapat menari menyanyi, tengok video, dengar Ammar nasyid hahaha.



PENGANGKUTAN

Kalau boleh bagi anugerah AJK paling kuat bekerja, Amree lah juaranya. Tak tidur menemani Wak yang ganas, sanggup balik Jeram naik motor sebab nak pastikan pengangkutan lancar, turun Terengganu jumpa pihak sekolah, dan dalam senyap pergi tebal muka ke stesen minyak, kutip sumbangan. (bersama Fuad). Dan slot resolusi, Amree nangis wooooo.





BFF


Sa’diah & Aish bantu amree dari sudut pengangkutan dan perhubungan yang lain dan backup bila amree takde. Jadi cameraman, bantu unit lain dan of course jadi fasi dan jaga checkpoint explorace.



CENDERAHATI

“Apa ni banyak miscommunication ?”

“diorang kata dah settle, kenapa tak maklumkan ? buat malu je tadah muka kena marah”

Antara yang cekap, Afiqah Khadri & Faezah. Beli barang awal, turun naik pejabat, last sekali kena marah time post morterm. Hahhahah. Walaupun tak berjaya nangiskan time kena marah, tapi Afiqah nangis jugak time kek masuk. Prank hari jadi rupanya. Tapi Faezah dah sedih bila Afiqah kena marah lagi. Mission completed. Amree yang tak terlibat apa-apa pun tiba2 masuk geng jugak duk marah Afiqah.






Saya pelik kenapa shahrul bersunguh-sungguh cari kesalahan saya, tak macam unit lain


DANA

Benda paling merisaukan bila buat jauh ialah bab duit. Nak tanggung duit, makan minum, beli barang, duit minyak dsb. Lagi menambah gawat bila kebanyakan syarikat tak bagi sponsor, akaun dah tutup.

Nasib baik ada buat kutipan individu. Alhamdulillah semuanya bersemangat cari sumbangan, hingga mencecah empat angka. Ammar membuat comeback bergaya, dengan bantuan kawan-kawan Dato’, setelah Farah & Hafieza menzahirkan kekecewaan mesej tidak berbalas. Hahhaah


Dato' bagi sumbangan berapa juta ??







MEDIA

“untuk JM kali ini, setiap jabatan perlu buat blog. Blog ini akan dinilai”

Ini antara yang mengerikan. Zaman sekarang ni aku rasa tak ramai dah aktif berblog. Tahniah kepada Syabee yang tabah sabar dan gigih bekerja membuat design, mengupdate blog, sehinggalah jadi blog seperti sekarang ni. Blog kita paling banyak view kan ? paling aktif ? hahahaha. Kalau perasan, blogger ni banyak bagi mesej-mesej dan luahan-luahan indirect dalam posting blog ni. Kau bacala sendiri bro !


Maria tunku sabri


Syaza & Salihah, antara dua yang paling senyap, tapi jadi cameraman ? nampak pelik, tapi kerja jalan.

Satu-satunya jejaka dalam unit ni, Afiq. Gambar-gambar yang lawa tu dia la yang ambik.





Tak lupa dua pembantu yang rajin. Kata mereka, “kito duo ore jah abe, ore lain x tahu g mano x mari program”. Sabarlah adikku, beginilah roda kehidupan





---------------------------------------------------------




(bobby jangan nakal2)



Nak cerita apa lagi ?

Sebagai fasi kepada kumpulan Ulul Albab, (pulam kata mereka mulanya nak pakai nama The Thinkers. Haha), aku agak tersentuh bilamana merasakan masa terlalu singkat bersama mereka. Di malam kedua sewaktu slot tahsin qiraah, fasi dibekalkan kertas modul, tadabbur ayat. Tapi mendengar bacaan adik2, aku ubah slot menjadi slot membaca dan memperbetulkan Al-Fatihah. Risau jika adik2 gagal dan sambil lewa baca rukun solat ni, dan akhirnya solat pun tak sah. Teruskan belajar mengaji adik2. Jangan laju, jangan lorat. Baca biar jelas huruf satu2.

Di Slot Kepentingan Ilmu, aku dapat rasakan aku dah curahkan sesuatu kepada mereka. Sempat bercerita pengalaman lepas UPSR, nak masuk SBP, tapi disuruh ayah masuk Maahad (sekolah arab, lelaki sahaja). Walaupun kejar masa dan tak sempat nak cerita kaitan ilmu dengan sistem belajar di sekolah, tapi melihat mereka mengangguk dan menulis sudah cukup menggembirakan hati ini. Ditambah bila mereka bersemangat melukis cita-cita dan nak sangat2 bentang kat depan, tapi maaflah masa tak sempat adik2.

Masa main jet, huru-hara kejap, ingatlah ya adik2. Adik2 lukis dan coretkan dalam kertas A4 tu baru satu langkah pertama. Langkah seterusnya ialah adik2 bawa kertas itu dan layarkannya dalam kehidupan adik2. Ibarat adik2 lancarkan jet, ada yang jauh ada yang jatuh terus, itulah cita-cita dan harapan kita. Jika jatuh tersungkur, kita bangkit. Jika cita-cita itu jauh, maka kita kena berusaha ke arahnya. Bukan sekadar lukis gambar pemilik kereta mewah.








*Modal ‘Pengarah Hensem’ tu tiba-tiba tercetus masa duk handle Slot Bersama Pengarah. Tapi memang hensem pun kan ? Kbai.