Tuesday, 26 May 2015

saiful islam ( Unit Pengisian )



I see a young man with potential”. Harry, Kingsman. Eh.

Alhamdulillah thummal hamdulillah.  

Akhirnya setiap penat lelah yang dikerahkan telahpon berakhir dengan pelbagai kebahagian. Wahahahaha. Gelak Puas.

Throwback sebelum program,

Siapa sangka, saya diberi peluang pertama kali untuk bergerak dalam unit pengisian. Memang azab. Secara am nya, tugasan unit pengisian adalah merangka sepenuhnya perjalanan program dari awal sehinggalah akhir program (Dari A to A). Ya! sangat menyeramkan...

Pada awalnya,

Kami dibekalkan 3 orang sahaja unit pengisian (saya, kak Syafiqah dan kak Afiqah Nadzirah). *bunyi macam main explorace je.

Agak penat la kena memikirkan 3 hari punya program, 6 modul yang perlu disiapkan, persiapan Training Of Trainer kepada fasilitator lagi, slot-slot tambahan kepada peserta, buku program, lagu tema beserta gaya, aktiviti riadhah dan aktiviti-aktiviti refreshment. Fuh, berpeluh-peluh.

Memang sangat mengujikan >,<


Inilah kami 3 orang peneroka awal unit pengisian (yang bertag nama) bersama penyelaras subjek dan cg mad noor. Ada makna tu dua jari yang diangkat oleh Mr A kita. Huhu

Kemudiannya unit pengisian diserikan dengan kehadiran kader-kader hebat yang baru. (Bro Ali, Kak Asma, Kak Abil, Kak Anis, Kak Afiqah khadri). Syukur, kami diberi orang yang berpengalaman didalam unit pengisian program. 


Muhasabah selepas riadhah petang. Hee




Besday sapa la agak nya.. hmmm


Tutup mata semua!!!!… nanti masuk air… hahaha


Alhamdulillah, walau pelbagai cabaran yang dilalui sepanjang program, Allah gantikan pelbagai ujian tersebut dengan nikmat kebahagiaan yang tidak ternilai. Itulah UKHUWAH !!!

Daripada ujian-ujian inilah, kami mampu mengenali lebih rapat sahabat-sahabat  JFU 14’.
Kami juga dapat berkenalan dengan adek-adek form1 smkawa yang osem. Memang terbaik.

Terima kasih, kami ucapkan kepada Dr Anuar selaku penyelaras Jalinan Masyarakat yang banyak mengajar kami khusus didalam bidang protokol majlis. 


Haadza min fadhli rabbi. Lap air mata. 


Yeay! Dapat hadiah daripada adek2 semua. Terima kasih kepada yang memberi. =D


Kepada The Brothers!!!... terima kasih kerana berikan kerjasama yang baik.
Seronok dapat berkenalan. Moga kita berjumpa lagi ye. Rileks Bro…
Sayang team ni..



Dalam gambar : Shirazi, Hariz, Amey, CK, Aiman, BoB. Yang Takde:Muaz, Saiful, Faris.

Akhirnya,

Kepada adek2 SMKAWA, abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kejayaan adek2 semua.

Pesan abang, Jangan lupa baca quran setiap hari. Sekurangnya satu muka satu hari.
One Day One Page.  ODOP !!! sebut elok2, Bukan Lolipop… ^_^

Jaga hubungan kita dengan Allah, Jaga hubungan kita dengan Rasul, Jaga hubungan kita dengan Mak ayah, guru2, tak lupa juga dengan kawan2-kawan semua.

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)”

 [ 43 : 67 ]




----->Uhibbukum Fillah.  
SAIFUL ISLAM ^,^


No comments:

Post a Comment