Thursday 30 April 2015

23/4/2015 Perjumpaan bersama penyelia untuk mengetahui proses terkini

Asalamualaikum, perjumpaan kali ini merupakan perjumpaan yang ke- 9, bagi membincangkan proses persediaan dalam memasstikan program yang akan dibuat nnti bertambah lancar.

Pemulaan perjumpaan tersebut dimulakan dengan jenaka ustaz yang menanyakan tetang perihal minum petang samada disediakan ataupun tidak.

Seusai dari jenaka tersebut kami kembali serius dalam membincangkan mengenai proses keberlangsungan pogram yang ingin dijalankan. Pada kali ini, ustaz meminta semua unit untuk mengupdate segala gerak kerja serta kekurangan yang perlu ditampung bagi setiap unit.




Kehadiran kaum muslimin pada kali ini memberangsangkan


Muslimat fokus dalam mendengar setiap perkara yang disampaikan

Kami mulakan dengan unit perhubungan yang dilaporkan oleh saudara Amree . Ajk Pengangkutan bas telah mencari bas dengan harga yang murah . Terdapat dua syarikat bas yang masih dalam perbincangan . Saudara Amree ada berhubung dengan Yayasan Terangganu untuk menggunakan bas untuk kemudahan kami ketika berada di Terangganu . Dr. Anuar mencadangkan agar menyemak status bas yang akan digunakan nanti tidak mempunyai rekod kemalangan .

Beralih pula kita kepada unit protokol yang membincangkan tentang flow penutupan program serta slot khas bersama ibubapa dan Dr.Anuar mencadangkan agar melakukan post mortem setiap malam selepas program . 

Bagi unit makanan pula mereka memastikan segala persiapan makanan terutama untuk VIP perlu disediakan pada waktunya . Pihak sekolah juga memberitahu bahawa mereka akan menanggung segala perbelanjaan makanan sepanjang program berlangsung .

Seterusnya bagi unit pengisian kami bersepakat menjemput Ustaz Hazrul untuk mengisi slot ibubapa dalam program tersebut . Selain itu, kami juga bertindak dalam menyediakan bayaran bagi penceramah . kami menyediakan buku program yang masih dalam proses pengubahsesuaian 

Unit cenderahati pihak sekolah telah menyediakan hamper untuk program tersebut . Kami juga menyediakan beberapa cenderahati untuk VVIP dan pihak sekolah . Kami juga telah menempah plak penghargaan serta button badge untuk pihak sekolah .

Unit multimedia  melaporkan blog telah diupdate sehingga ke perjumpaan kali ini . Dr. anuar mencadangkan agar blog tersebut mempunyai nama komersial . Dr. juga bertanyakan mengenai peralatan multimedia sepanjang program di SMKAWA nanti . Kami juga dalam proses menyiapkan banner untuk program

Akhir sekali unit teknikal kami menyenaraikan barang yang ingin digunakan sepanjang program agar pihak sekolah dapat menyediakan keperluan tersebut ketika program .


nantikan entry terbaru program SINARAN 15 . good bye :) wsalam




Wednesday 22 April 2015

20/4/2015 Perjumpaan membincangkan gerak kerja unit selepas kembali bercuti

Asalamualikum, pejumpaan kali ini merupakan perjumpaan yang ke-8 bertujuan mengetahui proses kelancaran pogram bagi setiap unit. Selain itu, kami juga membincangkan mengenai kehendak pihak sekolah yang disampaikan melalui sistem pesanan ringkas  melalui beberapa ahli kami.
Disini kami sertakan update bagi setiap unit.


Sebelum memulakan perbincangan, saudara Amree telah memberi sedikit perkongsian tentang muamalat.


Tarikh: 20/4/2015
Hari: Isnin
Masa: 1124-1230
Tempat: Bs12


UPDATE DARIPADA BIRO PERHUBUNGAN
1) Setakat ini Insyaallah Nuri Ekspress adalah pilihan terbaik kerana tawaran harganya yang paling rendah berbanding Mazura Travel.
- Harga masih boleh dirunding dan harga setakat rundingan sehingga hari ini ialah RM3200.

UPDATE DARIPADA TEKNIKAL
1) PA sistem dan projector: insyaallah settle dan dijamin oleh pihak sekolah.
2) Perbincangan semula tentang tempat dan sudut yang akan digunakan sepanjang aktiviti.

UPDATE DARIPADA UNIT PROTOKOL:
1) Masterplan telah siap dirangka.
-Senarai nama VIP masih dalam proses menunggu, dan menanti update daripada pihak sekolah senarai nama pentadbir yang akan hadir pada majlis penutup.
-Pembetulan dan penambahbaikan daripada biro protokol untuk majlis penutup kerana Program Khas bersama Ibu Bapa adalah slot pertama dalam majlis perasmian penutup.
-Floor Majlis sudah siap dirangka.
-Pamplet untuk majlis penutup masih dalam proses.

UNIT MAKANAN
1) Unit makanan perlu menyediakan makanan bagi setiap guru pemantau yang akan datang memantau bagi setiap aktiviti sepanjang program.

UNIT MULTEMEDIA DAN DOKUMENTASI
1) Blog sentiasa diupdate dari masa ke masa.
2) Pemilihan warna dan design baju masih dalam proses perbincangan kerana menanti persetujuan daripada ahli.
UNIT PENGISIAN
1) Unit pengisian memohon setiap individu yang bertanggungjawab mengendalikan slot menghantar draf pengisian untuk semakan oleh Dr Anuar bagi mengelakkan masalah yang timbul pada saat-saat akhir.
TAJAAN DAN DANA
1) Tajaan dan dana masih giat dijalankan.
-Pandangan ahli diperlukan bagi mendapatkan syarikat tajaan.
Pengarah, Muhammad Shahrulanwar dan beberapa ahli akan cuba mendapatkan tajaan daripada Yang Berhormat dan agensi-agensi yang berpotensi untuk memberikan suntikan dana secara bersemuka.

Thursday 16 April 2015

16/04/2015 Lawatan beberapa wakil ke Sekolah Menengah Wataniah Besut

Asalamualaikum, walaupon dalam tempoh bercuti tapi kami masih cakna dalam stiap perkara menjelang pogram yang akan kami tempuh kelak.

 Pemandangan di sekitar sekolah







Pelbagai cerita suka dan duka disebalik lawatan yang telah dilakukan,, antaranya ialah mencari dana untuk keberlangsungan pogram yang mendapat hasil yang memberangsangkan. Alhamdulillah..

Disini kami serta hasil perbincangan dari pihak sekolah:

Unit pengisian dan protokol
-mnyelitkan lagu latar bagi setiap program yang mengandungi unsur-unsur nilai murni dan motivasi.
-mendisiplinkan pelajar dengan berkawad dipagi hari
-nyanyian lagu Negaraku stiap pagi
-LDK (latihan dalam kumpula) perlu melibatkan semua pelajar.
-mencari singkatan nama pogram.

Unit Cenderahati
-buat sijil dan dibingkaikan untuk penghargaan kepada pihak sekolah
-button budge boleh dibuat sekiramya mempunyai bajet lebih.
-hadiah untuk tetamu kehormat desediakan pihak sekolah dan pihak penganjur program
-perkasas seperti dulang disediakan oleh sekolah.

Unit Makanan
-menyenaraikan senarai yang lengkap untuk makanan tetamu kehormat.
-sekolah mnyediakan makanan mengikut jadual pogram.
-dana makanan disediakan

Unit Teknikal
-semua peralatan sistem teknikal disediakan
-pogram di surau juga akan disediakan perlatan teknikal sekiranya perlu.

Unit Media
-menyediakan video untuk ditayangkan di aplikasi Youtube kerana menjadi kebiasaan sekolah selepas pogram mempunyai video kenang-kenangan

Tambahan
-pihak amat mementingkan ketepatan masa bagi setiap pogram
-akan ada pengawas sekolah bertujuan membantu dan memberikan pengalaman kepada mereka.

Semoga yang dirancang akan dimudahkan bagi kami dalam persediaan menghadapi pogram.

Tuesday 7 April 2015

2/4/2015 Perjumpaan yang melibatkan keseluruhan pelajar dan perbincangan mengikut unit masing-masing


Sebelum kami memulakan perbincangan saudara Ali Mukhtar memberi tazkirah dan berkongsi sedikit ilmu yang telah dipelajari dalam program yang beliau sertai baru-baru ini.




Tempat  : Anjung Surau
Masa     : 8.00

Perjumpaan kali ke-7 lebih menumpukan kepada pengisian program yang ingin dijalankan di SMKA Wataniah Besut. Selain itu, setiap unit memberikan laporan gerak kerja bagi unit masing-masing.

Antara perkara lain yang dibincangkan:
-Belanjawan bagi setiap unit.
-Keperluan barangan yang diperlukan untuk program

Friday 3 April 2015

30/3/2014 Perjumpaan bersama majlis tertinggi tentang proses kelancaran projek




Tempat  : Anjung Surau
Masa     : 11.30 A.M

Perjumpaan kali ke -6 lebih kepada membincangkan pengisian yang sesuai dijalankan di SMKA Wataniah Besut, Terengganu. Pelbagai program yang menarik telah disusun dan sebelum pengisian program itu disusun dalam kertas kerja projek akan disahkan terlebih dahulu oleh penasihat kami.

Antara program yang dibincangkan:
-isu-isu fiqh dalam ibadat
-pembentukan peribadi muslim
-explorace

20/3/2015 Perjumpaan kali ke-2 bersama penasihat pogram




Tempat  : Anjung Surau
Masa     : 11.30 A.M

Perjumpaan kali ke-6 lebih kepada membincangkan pengisian yang sesuai dijalankan di SMKA Wataniah Besut, Terengganu. Pelbagai program yang menarik telah disusun dan sebelum pengisian program itu disusun dalam kertas kerja projek akan disahkan terlebih dahulu oleh penasihat kami.

Antara pogram yang dibincangkan:
-isu-isu fiqh dalam ibadat
-pembentukan peribadi muslim
-explorace