Tuesday, 26 May 2015

Faezah (Unit Cenderahati)

Entry blog SINARAN 2015


 Aku tidak tahu mahu tulis apa dalam entry blog ini.Mungkin sekadar perkongsian dari hati ke hati setelah melalui program ini yang bagi aku sendiri ,program ini cukup hebat.Macam bunyi Indon pun ada tulisan ku ini..hehehee..(maaf semua)


Aku mulakan dengan perjalanan malam hari kami bertolak dari UM ke Besut.Masa dalam bas,tergerak di fikiranku,bermain-main di benak fikiranku..mampukah aku menempuhi kehidupan selama 3 hari sebagai fasilitator.Betul ke tugas yang aku mahu bawa ini…rasa terlalu berat sangat..Aku terfikir sudah cukupkah ilmu untuk aku sampaikan kepada adik-adik yang bersih jiwanya.. yang tidak dicemari oleh benda-benda yang kotor…adik-adik yang baru mahu mengenali kehidupan yang sebenar di sekolah agama… Allah… berat tugas ini… tetapi ku gagahi jua… demi sebuah amanah dan tanggungjawab…Ku lihat Dr Anuar bersemangat,turun padang bersama kami… Semangatku sedikit kuat. Menitis air mataku selepas itu… andai salah betulkan lah ya Allah… ku melangkah walau kudratku sendiri lemah,lemah yang orang lain sendiri tidak tahu ..
……………………………….. * ending*……………………………………………..


Pagi 7 Mei 2015,kami sampai di sekolah.. Perasaanku cukup berdebar tetapi tidak sabar mahu melihat wajah adik-adik.Sampainya kami di sekolah ,kami disambut oleh guru-guru dan adik-adik pelajar…. Terharu sangat …Hanya Allah yang tahu perasaan ini… Rasa besarnya harapan mereka pada kami untuk kami mencurahkan ilmu yang kami ada sepanjang program itu.
Pada waktu pagi,setelah kami diberi taklimat oleh pengetua dan guru-guru tentang sekolah tersebut,kami diberi rehat seketika sebelum memulakan tugas… Aku ditugaskan untuk menjaga pendaftaran pada waktu itu… masa itu,aku sangat letih…macam-macam perasaan yang ada dalam fikiranku pada waktu itu.Tetapi ku gagahi jua..Allah… aku sendiri tidak tahu datang dari mana semangat itu… Semuanya dari Allah…

Sesi program berlangsung… Kami ,sebagai fasilitator menjalankan tugas kami dengan sebaik mungkin… Aku lihat semua kawanku bersemangat semasa program…rasa sangat bangga mempunyai kawan seperti mereka… Walau nampak keletihan,tetapi semangat mereka sangat kuat dan sangat luar biasa pada pandanganku… Seolah-olah apa yang mereka buat semata-mata kerana Allah..Hebat nya mereka..Aku sangat bangga… Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas perbuatan mereka. Pengajaran pertama yang aku dapat,binalah ukhuwah yang teguh semata-mata kerana Allah,tidak perlu akan pujian manusia,biar Allah Pencipta kita yang menilai segala-galanya… ikhlaskan diri kerana Allah walaupun ia sangat sukar… itulah jihad yang terbesar..

8 Mei 2015

-Mood ceria- Program kami disertai lagi dengan aktiviti-aktiviti yang serba mantop dari abang-abang dan akak-akak fasi… pengalaman yang tidak dapat dilupakan,pukul 4.30 pagi,adik-adik ditugaskan untuk turun berkawad bersama abang fuad. Abang fuad yang berperanan sebagai watak ‘‘garang”….memang garang sampai adik-adik mengadu takut dengan abang fuad…hehe…kelakar disitu…

Selepas itu,kami turun berqiamullai.Rasa bahagia melihat adik-adik turun sama ke masjid untuk solat.. Walaupun dalam kepenatan ,mereka tetap jua gagah melangkah di hening pagi.Indahnye saat itu... ku turut rasai bersama rakan-rakanku..
Kemudian di pagi hari, fasi-fasi ditugaskan melalui slot masing-masing. Adik-adik begitu semangat sekali.. nak2 adik-adik lelaki…bising je diorang dalam dewan… bahagia betul…

Petang tu selepas waktu solat Jumaat, teringat pada seorang adik lelaki... bersemangat betul dia nk bentang atas pentas semasa  slot LDK abang shahrul yang tajuknya “ kepentingan ilmu” … Adik2 berebut untuk naik bentang atas pentas…bersemangatnye mereka sampai terpaksa abang shahrul membuat undian siapa cepat dia dapat..semua nak naik pentas…sampai ade yang cakap,abang shahrul tak adil..ade yang sedih tak dapat naik pentas untuk nak bentang..kesian diorang buat penat-penat tapi tak dapat naik pentas..hehehe…Tidak ade perasaan malu pun.Serius..kagum sangat-sangat dengan diorang .. Dari situ aku dapat belajar satu benda dari adik-adik,mereka berani mencuba,tak malu untuk membuat sesuatu yang baru walaupun baru di tingkatan 1…emm..bagus betul… hebat…

9 MEI 2015

~~ Hari terakhir~~ sedihnye…

Pagi tu diceriakan dengan slot akhlak oleh abang disiplin kita,iaitu abang ikmal shahrir… abang ikmal berubah sikap dari garang kepada ceria(mood sebenarnye)..hehe… adik-adik suka ..gelak-gelak dengan abang ikmal… mungkin bahagia dengan sikap abang ikmal yang baru… slot explorace diteruskan selepas itu… aku tidak dapat menyertai mereka kerana ingin menguruskan cenderahati majlis penutup pada petang nanti..Sempat aku dan kawanku yang tercinta,Afiqah bercakap-cakap dengan Dr Anuar.Serius sangat Dr Anuar banyak memberi bimbingan pada kami tentang protokol-protokal majlis penyampaian hadiah… banyak sangat tunjuk ajarnya dan bimbingannya.... pada waktu tengahhari ,pelajar-pelajar disuruh berkumpul di dewan terbuka untuk slot perpisahan…


waktu tu aku dapat rasakan akan ada linangan air mata,ditambah lagi dengan adik2 yang baik2 dan lembut hati semuanya… Allah,sedih sangat bila tengok adik-adik menangis… abang-abang dan akak-akak fasi turut sama menangis…. Hiba.sedih.sebak.semua rasa ade.. tak tertahan rasa sedih nie melihat adik2 memeluk kami dan mengucapkan terima kasih..hanya mampu kukatakan,belaja elok2 dan jaga diri baik2…. Mungkin kasih sayang yang dicurahkan oleh abang-abang dan akak-akak fasi membuatkan ikatan ukhuwah antara kami sangat kuat… membuatkan kami tersentuh..(sedih sangat,tk penah rase sesedihnye sepanjang menyertai kem)…


Majlis penutup berlangsung dengan jayanya… dimulai dengan slot Ustaz Hazrul ,pensyarah UM Nilam Puri..,banyak nasihat berguna darinya.. dan diteruskan dengan ucapan pengarah…


Ibu bapa turut dijemput dlm majlis nie(terharu,nampak mcm besar je program nie,huu) ..



seterusnya majlis penyampaian hadiah … semua kumpulan mendapat hadiah ..tak terkecuali kumpulanku

“Muslimah Mujahidah”…(x sempat nak ambik gambar semua)  .


Last sebelum pulang,adik2 kumpulanku datang berjumpa denganku n kak anis(fasi sejiwaku)…waktu tu aku dapat lihat mereka sangat sedih… aku juga merasai saat itu… mereka mula menangis… aku hanya mampu menenangkan mereka dan menasihati mereka agar jaga diri elok2… sewaktu aku naik bas… ade seorang adik dari kumpulan ku ..(sedih sangat)…

bila dia lihat aku bawak beg untuk naik bas… dia kuat sangat nangis…dan disaat paling bahagia bagiku, adik2 ini berkongsi masalah peribadi mereka tanpa segan silu…seolah-olah sudah lame mengenali ku……bergurau senda…..sampai aku berpikir ape yang aku buat kat diorang sampai adik-adik nie menangis sampai mcm nie… di saat itu aku sedar bahawa layanan kita bukanlah semata2 untuk membawa amanah sebagai fasilitator tetapi lebih kepada pendekatan kasih sayang,kasih saying kerana Allah dan sikap ambik berat terhadap mereka… sebab tu mereka sangat sayang pada kita…. 

 Mereka sangat memerlukan kita…tetapi bukan selamanya kita dapat membimbing mereka….kerana aku ingat kata-kata seorang fasi ini.. dia ckp “kita nie fasilitator hanyalah sebagai pembuka jalan untuk mereka lebih dekat pada Allah kerana yang memberi petunjuk dan hidayah itu Allah”..”kita ibarat pembuka kunci untuk sebuah rumah.kita sendiri tidak mampu untuk terus memasuki rumah tersebut dan selongkar semua benda yang ade dalam rumah tersebut,hanyalah sekadar pembuka kunci pintu rumah”…. Aku ingat kata2 itu membuatkan aku lebih menghargai diorang sepanjang 3 hari kami berkampung di sekolah itu….. Aku sedar bahawa mereka perlukan kasih sayang dan bimbingan lagi…mereka masih muda..masih mentah dengan kehidupan ini….yang masih bersih untuk dicemari dengan benda kotor dari luar…

Semoga ingatan mereka pada kami, fasilitator ini sebagai ingatan tulus ikhlas kerana Allah,ingatan yang membuatkan mereka lebih baik ke arah kebaikan,ingatan agar lebih hebat dan bukan semata-mata ingatan yang kami pernah berprogram di situ saja......

Sejujurnya,kem ini paling terkesan dihatiku sendiri….(entah kenape)


No comments:

Post a Comment