Sunday 12 July 2015
Friday 10 July 2015
Bicara Penutup - ”Semusim Bersama, Seabad Terasa” (Dr.Anuar)
Penghargaan
Salam
mahabbah.
Terlebih
dahulu, ALHAMDULILLAH! Setinggi kesyukuran dirafa`kan ke hadrat Ilahi di atas
berlangsungnya program SINARAN 15 (GXEX1417 Jalinan Masyarakat) di Sekolah
Kebangsaan Agama Wataniah (SMKAWA) Besut, Terengganu.
Sesungguhnya,
kejayaan program ini adalah hasil sokongan padu dan dokongan mantap semua pihak
terlibat, terutamanya pihak pengurusan APIUM, Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Dr
Ridzwan Ahmad yang memberikan kerjasama yang baik, pihak Pengetua, pengurusan
dan pendidik SMKAWAJ/APIUM, Cikgu Mohd Noor, pihak mahasiswa Jabatan Fiqh &
Usul, APIUM dan anak-anak tingkatan 1 SMKAWA di samping para penyumbang yang
budiman.
Travelog
Jalinan Masyarakat 2014/2015
1.0 Penarikan
Diri
Permulaan perjalanan program
penuh dengan drama. Akibat sikap acuh tak acuh para mahasiswa, saya pada
mulanya agak terkilan dan ingin menarik diri daripada menjadi penyelaras
merangkap penasihat SINARAN 15. Prinsip saya mudah, nak bekerja dengan saya
mesti penuh dedikasi. Jika tak, sila pilih orang lain yang sekadar bekerja
cukup syarat saja. Ini kerana program yang melibatkan masyarakat, bukan saja
melibatkan nama baik Universiti Malaya, malah pihak jabatan dan nama baik
penyelaras sendiri.
2.0 Setiap
kejayaan bermula dengan Perancangan (kezaliman bersistematik mampu mengalahkan
kebenaran tanpa sistem).
Saya yakin potensi pelajar
yang memasuki Jabatan Fiqh dan Usul. Dengan latar belakang alam sekolah yang
hebat. Ada pelajar keluaran KISAS, Maktab Mahmud, SMKA, DQ dan ada juga alumni
SMKAWA sendiri. Saya optimis mereka mampu menggalas amanah ini dengan
cemerlang. Biarpun saya alumni Sek Men Tarbiyah Diniah, Kulim (Sekolah Agama
Rakyat), saya tidak rasa inferioriti menghantui saya. Saya ingin mereka berjaya
dalam program SINARAN 15 ini. Justeru, mereka WAJIB merancang dengan baik
perjalanan program ini A-Z. Proposal mesti kemas, perlu analisis SWOT (leh
google deh) bagi memastikan risiko tiap perancangan yang diatur. Begitu juga
dengan bajet, kena rancang dengan kemas. Pelbagai cadangan dikemukakan oleh
mahasiswa tahun 1 melibatkan program di Rumah Anak Yatim, Sekolah dsb.
Akhirnya, saya menasihatkan pemilihan SMKAWA berdasarkan cadangan yang
diberikan. Namun kita kena ingat BIARLAH PERANCANGAN GAGAL, bukan GAGAL
MERANCANG. Sebolehnya kita merancang KEJAYAAN.
3.0 No
Pain, No gain (Kerja
Keras kunci kejayaan)
Asas utama sebuah kejayaan adalah
usaha keras ataupun kerja kuat di samping berdoa dan bertawakkal pada Allah
SWT. Bermula dengan kerja lapangan di SMKAWA oleh Amree dan Asma’, akhirnya
kami nekad dan tekad untuk memilih sekolah SMKAWA sebagai tempat program.
Masalah tetap ada walaupun pihak sekolah menaja sebahagian besar program di
sana. Jarak yang jauh melibatkan kos pengangkutan yang tinggi, iaitu 4K++. Ini
bermakna pihak mahasiswa perlu mencari tajaan dengan giat. Alhamdulillah, Allah
membuka hati para penyumbang untuk memudahkan gerak kerja kami. Kerana di
mana ada usaha, di situ ada jalan. Bukankah Allah berfirman: sesungguhnya
bersama kesusahan ada kesenangan, dan sesungguhnya bersama kesusahan ada
kesenangan. Yakinlah, jangan pernah putus asa berusaha.
4.0 Ta`awun
asas kekuatan gerakan (Kerjasama teras kekuatan)
Kekuatan sebuah organisasi
adalah kerjasama yang jitu antara ahli-ahli. Tidak dapat dinafikan, dalam
kesatuan itu, ada kepelbagaian. Sementelah adik beradik yang dilahirkan dari rahim
ibu yang sama pun masih berlaku perbezaan dan konflik, inikan pula anak-anak
dari rahim berbeza. Ada yang rasa senior dan ada yang junior walaupun hakikat
semuanya masih junior Tahun 1. Beza umur setahun tidak menunjukkan senior lebih
hebat dan junior tampak inferior. Alhamdulillah, gap ini berjaya dihapuskan dan
semua ahli usrah JFU 14 memberikan kerjasama yang tiptop dalam menjayakan
SINARAN 15. Setakat sedikit keculasan dan pengularan itu, dimaafkan saja.
5.0 Ikhtilat/
Adab dan akhlak
Satu gejala yang semakin
merunsingkan kini adalah ikhtilat atau pergaulan tanpa batasan. Kita
tahulah, entum mengaji agama, entum faham batasan. Namun, itu bukan jaminan
entum tidak terbabas. Jangan terlalu “mesra alam” walau 1 Jabatan, 1 majmuah, 1 sekolah 1 Nilam Puri dsb. Syariat
tetap syariat, WAJIB dijaga.Sebagai pelajar agama, wajib kita menjadi manusia yang mutadayyin. Ada
tamayyuz dan ada gap yang digariskan Syarak. Mesra alam tahap mana pun, jangan
leburkan identiti dan jati diri seorang pelajar agama mutadayyin. Dan menjadi
fitnah kepada agama. Memang ada beza antara “pelajar agama”” dan mereka yang
beragama”. Kita duta2 kecil agama Islam sama ada kita Jabatan Fiqh dan Usul,
Syariah ekonomi, Syariah Pengurusan, Syariah Undang-undang dsb. Selagi mana
pelajar APIUM, entum adalah ustaz atau ustazah. Jangan feeling “hot” sangat di
zaman ramai manusia mengejar populariti dan malas mengaji. Jika tidak, al-Islam
mahjub bi al-Muslimin.
Alhamdulillah di luaran masih terjaga, tapi di dalaman? jeng jeng jeng(moga dijauhkn) |
6.0 Kasih
Sayang kerana Allah
Dalam berorganisasi, jangan
bermain dengan perasaan jika tidak mahu disakiti. Jangan menimbulkan isu-isu sensitif
sesama kita. Alhamdulillah dalam Usrah JFU 14, rasa ukhwah antara kami agak
rapat, mungkin asas al-taaruf dan al-tafahum membuahkan al-ta`awun serta
wihdatul amal.
Namun, sekiranya kita tidak
mahu dijadikan pasangan hidup dengannya, jangan digetari rusuknya. Jika kita
belum rapat dengan seseorang, jangan pergi terlalu jauh dalam kehidupan
peribadinya, unless memang kita caring dan rasa bertanggungjawab. Tak
usah ditanya kenapa tak kahwin? bila nak kahwin? Kenapa tak pilih orang itu,
orang ini? Tak perlu nak tunggu menunggu. Sapa yang sampai jodoh dulu,
dipersilakan. Jika kita ikhlas, offer kakak dan adik atau anak kita. Kenapa
mesti orang lain. Kenapa mesti yang terlepas kapal. Tak perlu busy body
dalam hidup orang. Mungkin jodoh orang belum sampai dan mungkin juga jodoh tu
belum lahir lagi. Jodohkan RAHSIA Allah. Kenapa mesti memaksa. Jika kita tidak
mampu membahagiakan orang, jangankan kita menambah duka dan lara orang. Ustaz
sayang semua ahli Usrah JFU ‘14 kerna Allah. Rusukku masih utuh. InsyaAllah.
Antara aktiviti-aktivit; yang dijalankan
8.0 Nostalgia Nilam Puri/Biah Solehah
Akhirnya,
diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung menjayakan SINARAN 15. Tidak dilupakan Cikgu Mohd Noor yang
sentiasa bersama sepanjang program. Usikan dan gurauannya menjadi kenangan SINARAN’15.
Moga program ini menjadi pemberat timbangan amal kita di hari akhirat kelak.
7.0 Bermukim
di SMKAWA Pengalaman Berharga
Setelah bermesyuarat lebih sepuluh kali,
akhirnya tibalah masa untuk kami berkampung di SMKAWA Besut. Pada mulanya, berhasrat
untuk drive berasingan. Namun setelah difikir masak2, better naik bas bersama
dan beramai2 ke sana. Inilah ruang untuk mengenali semua ahli sebagai teman
permusafiran. Langkah ini juga untuk mengelakkan salah faham dalam perjalanan, sedangkan
masa itu amat penting. Kalau lambat, biarlah kami bersama dan kalau terjadi
apa-apapun, kami bersama. Sebelum bertolak, kami mengadakan solat hajat secara
jamaie agar perjalanan diberkati. Dan kami juga menikmati makan malam
bersama-sama.
Kami bertolak dalam jam
11pm. Kelakarnya, dalam perjalanan pergi, Muslimat berkeras nak duduk di kerusi
belakang bas, sedangkan Muslimin terpaksa berada di hadapan. Tak apalah, mereka
inginkan pengalaman naik bas. Alhasil ada Muslimat mabuk darat dan tidak cukup
tidur. Muslimin, alhamdulillah.
Mungkin ada pelajar tak
selesa, kenapa Dr Anuar nak ikut, sedangkan penyelaras lain, ada yang tak
jenguk muka di lokasi dan 100% percayakan pelajarnya. Namun, tidak bagi saya.
Saya perlu bersama-sama di sana untuk monitor dan guide pelajar program ini.
Hinggakan ada yang menggelar Mr Perfect. Ada pelajar yang rimas dengan sikap perfect
kerana mereka mungkin belum ketemui sabda Nabi SAW yang menyatakan Allah
menyintai hambanya yang itqan. Ada masanya, kita turut bertoleransi
dengan sedikit ketidakemasan, namun kecuaian amat wajar dielakkan.
Kami tiba di sekolah jam 9
am hari Khamis. Sampai di SMKAWA, kami disambut meriah oleh Tuan Pengetua, para
guru dan adik-adik tingkatan 1. Alhamdulillah bersyukur dengan layanan baik
pihak sekolah. Walaupun terpaksa bermalam di bilik warden seadanya, makan menu
asrama, namun kenikmatan itu tidak dapat digambarkan. (walau boleh claim
hotel berdasarkan gred gaji, biarkanlah, yang penting anak-anak JFU ada depan
mata). Be humble! Kita semua berasal dari tanah. Jangan mendiva dengan
kelebihan kita yang tak seberapa.
Majlis penutupan:
Tiap malam selepas habis
program, kami adakan post mortem untuk menambahbaiki perjalanan SINARAN 15
walaupun masing-masing dah cukup penat. Alhamdulillah, program berjalan seperti
yang dirancangkan. Walau ada sedikit perubahan. Sambutan pihak sekolah,
komitmen urusetia, kerjasama adik-adik SMKAWA amat baik. Program mencapai
objektif yang dirancang 3H2M penuh dengan suka dan air mata.
8.0 Nostalgia Nilam Puri/Biah Solehah
Setelah selesai program
SINARAN 15 di SMKAWA, kami mengambil kesempatan untuk ziarah ke rumah mahasiswa
sekitar Besut dan Kelantan. Rugilah sesapa yang menutup pintu rumahnya. Kami
singgah di rumah Asma dan dijamu laksam yang sedap, diteruskan rumah Faezah dan
dihidangkan nasi minyak dengan gulai ayam yang osem dan diteruskan ke rumah
Shahrul di Kelantan dan kami dijamu mee tomyam yang enak. Alhamdulillah, syukur
dapat singgah, makan dan mengenali ahli keluarga usrah JFU 14.
Perjalanan diteruskan dan
kami singgah sebentar di Wakaf Che Yeh dan kami bermalam di Nilam Puri, kampus
asasi pengajian Islam UM, yang digelar sebagai bi’ah solehah (literally kawasan
yang baik). Menggamit kenangan silam selama 2 tahun di sini. Terima kasih
kepada pihak pengurusan Nilam Puri yang menaja penginapan kami. Paginya saya
dijemput Ust Hazrul Salleh, Pengetua Asrama NP untuk bersarapan nasi kerabu
singgang daging di Jalan Ketereh. Malangnya, saya pantang makan haiwan berkaki
4 dari hujung tanduk hingga hujung ekor. Namun masih ada pilihan ayam bakar.
Dan Para mahasiswa bersarapan di rumah tamu, Mereka mengambil peluang bertemu
dengan pensyarah dan staf yang mereka rindui. Kami bertolak ke Pasar Siti
Khadijah dalam jam 11 am dan kami ke Rantau Panjang untuk nyopping. Dalam jam 6
pm kami bertolak balik ke KL dan sampai di APIUM dalam jam 3am hari Isnin. Saya naik ke pejabat untuk berehat dan meneruskan kerja. Alhamdulillah.
9.0 Post
Mortem/ Muhasabah Untuk Memperbaiki Diri
Setelah bekerja hampir satu
semester bagi menjayakan program SINARAN 15, pasti ada kelebihan dan ada
kekurangannya. Antaranya:
9.1 Practice
makes perfect/Kelemahan
berkomunikasi/pengurusan
Latihan atau TOT perlu
diperkemaskan lagi agar fasi lebih jelas dan mampu menguasai pentas dengan baik.
9.2 Back up
plan/cepat bertindak
Perlunya back up plan, agar
tindakan pantas dapat dibuat, Misalnya ada beberapa kelemahan yang tidak dapat
diselesaikan dengan pantas kerana selepas plan A, kira masih ada hingga huruf Z
untuk dirancang.
9.3 Adaptasi
dengan perubahan/Jangan alpa
Setiap perubahan yang
dibuat, perlu diadaptasi oleh ahli dengan pantas. Kita merancang, pihak sekolah
ada perancangan dan kita cuba kompromikan perancangan tersebut dengan harmoni.
Jangan saling menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.
9.4 Idealis
vs Realis
Jangan terlalu ideal dalam
merancang suatu program. Jejakkan kami di bumi dan sesuai dengan realiti
sekeliling kita agar tidak terawang-awangan di kayangan.
10. Nasihat/Wasiat
Tiap
kita mempunyai cita-cita tersendiri. Namun untuk mencapai cita-cita tersebut,
kita wajib fokus. Sebagai seorang pelajar, wajib fokus kepada pembelajaran di
kampus. Jangan pengajian di kampus terabai dek kerana obsesi mencari ilmu luar
kampus dan menjadi pejuang masyarakat. Hafazan terabai, Assignment individu dan
kumpulan terabai tetapi masih ada hati mengharapkan pengertian dan boncengan
gratis ahli kumpulan. Ini adalah amanah ilmu. Untuk apa dilaungkan kebebasan
akademik, sedangkan kita telah bebas akademik tanpa ulangkaji dan buat
assignment. Mungkin makhluk bumi admire dan inspire dengan kehebatan
kita, namun makhluk langit lebih mengenali kita. Kaki tuang, kaki ponteng, kaki
boncengan, kaki tidur, kaki meniru, kaki kopipasta dsb.
Setiap
kita dilahirkan dengan potensi yang khusus. Potensi ini perlu digilap dan
digarap dengan baik. Kita tidak dilahirkan untuk mewarisi kegagalan. Rancangkan
lah perjalanan akademik ini dengan sirat mustaqim. Belum terlewat untuk merancang. Perjalanan masih jauh dan tetapkan
hala tuju dan cita-cita. Jangan alpa atau ghalit ditelan peredaran
zaman. Biarlah tampak hebat itu seiring dengan isi di dalam. Siapa anda di masa
mendatang? Hadapi cabaran untuk menggapai kejayaan, agar tidak berkubur tanpa
nisan.
Salam
sayang.
Dr
Anuar
Subscribe to:
Posts (Atom)