Abang coretkan balik, apa yang Mudir sebut kepada abang2 dan
akak2 fasi, untuk renungan adik2. Mungkin adik2 tak faham hari ni, tapi satu
masa nanti adik2 akan nampak apa yang abang tulis ni.
“smkawa ingin melahirkan penjawat awam, teknokrat, dan
golongan profesional yang mutadayyin”
Soal ilmu agama paling penting dalam kehidupan kita. Sebab
itulah abang tekankan ilmu-ilmu yang wajib kita pelajari, dan abang selalu
ulang kata-kata :
“kita bertuah sebab masuk sekolah agama”
“jangan duk sibuk nak bercinta kalau bab solat pun kita
tak reti”
Abang juga tertarik dengan projek SOLEH PINTAR.
ikhlas ibadah !
santun akhlak !
hemah bertindak !
sebab itulah abang selalu sebut, kita jangan duk kata kat
orang, nanti kita kena pulak lepas ni. Adik2, kita jangan nampak kesilapan
orang saja, tapi kita kena tengok jugak diri kita ni. Oooo dia tu nakal, kita
ni baik sangat ke ? kenapa kita tak tegur dan bantu kawan kita yang nakal tu ?
tu lagi baik dik, dari kita mengejek mereka.
“program ini sebagai satu ruang dan peluang untuk abang2
akak2 fasi bentuk diri adik2”
Ini yang Mudir sebutkan dalam pertemuan sebelum program
bermula. Adik2, abang dan fasi lain dah buat dan dah curahkan segala yang kami
rancang untuk adik2. Kami dah buat modul, kami dah buat LDK, kami dah
beraktiviti, kami berkawad, kami qiam dengan adik2.
Sekarang, program SINARAN dah habis, mungkin adik2 takkan
jumpa dah abang2 akak2 fasi, tapi harapan kami, adik2 dapat belajar sesuatu
dari SINARAN. Adik2 dapat faham apa yang fasi cakap dalam slot dan LDK. Adik2
perlu terus belajar bersungguh2, biar sampai satu masa, kita jumpa di
Universiti Malaya. Adik2 sebagai pelajar, fasi2 sebagai pensyarah adik2 J
Terima kasih cikgu
!



No comments:
Post a Comment