Tuesday, 26 May 2015

Farah (Unit Dana)

EH ! ADIK2 AJAR KAKAK DAN ABANG FESI?? ”

3 tahun pencen dari jadi fasilitator, semester ni ambil subjek Jalinan Masyarakat rasa macam diseru untuk jadi fesi balik (ala-ala macam seruan jihad gitu). Perasaan cuak ketaq risau gemuruh (eh macam lagu tema la pulak) bergabung jadi satu! ‘aku ni boleh lagi ka jadi fesi ??’ sebenarnya lebih kepada risau tentang  penerimaan adik2 memandangkan ramai yang cakap  aku ni jenis yang serius , so takut adik2 tak boleh nak masuk. Fuhh cuak habis!

                     
 (berdebar-debar ja nak masuk skolah ni..)

                                   
Out of the blue (speaking cket) bila sampai ja di SMKA Wataniah, tengok muka adik2 yang super duper happy dan excited , tahap keyakinan tu naik la cket. Tapi masih bukan di tahap 200% macam drama dalam tv tu la. Mungkin dalam 65% (rasanya la). Masih lagi memerhati respon dan reaksi adik2. Sebabnya aku ni jenis yang susah untuk ‘masuk’ dengan orang. Means jumpa2 tu tak terus kamceng la. (Nampak tak aku ni kejam sebenarnya haha)



                                     
Bila adik2 dah dibahagikan kepada kumpulan masing2, alhamdulillah aku dan fieza (partner terbaik aku)  dapat adik2 yang sporting dan tak pasif. (tak pasif tu yang penting sebenarnya). Ok naik la cket lagi kepada 75% aku punya tahap keyakinan tu.
(muka2 bahagia Flower Girsl J )

Bila duduk dengan adik2 ni, tak bermakna kakak2 dan abang2 fesi saja yang menurunkan ilmu yang dia ada. Sedar tak sedar banyak benda yang dah diturunkan oleh adik2 ni kepada aku. Dengan mereka, aku ‘dididik’ nak mencapai cita2 tu bukan hanya dengan angan-angan, walaupun angan-angan kita tu sehebat dan secantik Taj Mahal. Berdamping dengan mereka hatiku ‘dikejutkan’ dari zon selesa bahawa tak semua orang dapat rasa nikamt dan lazatnya kehidupan seperti mana yang kita rasai sekarang. Bersama mereka, aku ‘disedarkan’ yang tak semua orang dapat rasa kasih seorang abah dan mama. Benda-benda ni dah menyentapkan aku secara halus tanpa aku sedari.

Kak Farah, saya malu nak baca Al-Quran depan akak. Saya tak pandai baca sangat. Dekat rumah mak saya jarang suruh saya baca Al-Quran. Kalau salah akak tolong betulkan boleh?’.

Ya Allah, hiba rasa bila dengar luahan seorang adik yang jujur bagitahu kelemahan diri dia. Bukan semua ada kekuatan untuk jujur macam tu. (aku sendiri tak pasti sama ada mampu sejujur tu atau tak). Dari sini, aku dapat buat sedikit kesimpulan (mungkin kesimpualan yang ringkas, bukan secara spesifik) bahawa peranan ibu bapa dalam mendidik anak2 sangat penting. Kerana didikan pertama yang sepatutnya mereka dapat adalah daripada ibu dan ayah.

Bermula lepas daripada borak-borak santai dengan adik2 tu hari Khamis malam, aku berazam, 2 hari yang berbaki, akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Terbayang-bayang adik kandung aku sendiri yang lalui benda-benda tu semua. Sekurang-kurangnya aku puas bila dapat lihat walau secebis senyuman di wajah adik2 tu.  Dan aku dapat lihat benda2 tu bila nyanyi lagu tema dan explorace. Tak boleh nak dinafi, baik kanak2 mahupun dewasa, fitrah manusia memang sukakan hiburan.

‘Nikmatilah dik, kalau tu yang boleh buat adik bahagia. ‘
Abang2 dan kakak2 fesi tak boleh beri jaminan yang adik2 akan dapat kuasai 100% enam modul yang kami sediakan. Tapi, kalau adik2 dapat baca Al-Fatihah dengan lancar, mampu bezakan rukun dan syarat sah solat , berakhlak dengan akhlak seorang mukmin, dan mampu jadi anak yang terbaik buat abah dan mama, kami dah bersyukur dik. (syahdu la pulak tiba2)

Ehemm, yang paling penting, adik2 Flower Girls memang ohsemm! Adik2 banyak ajar k.farah tanpa kalian sedari. Alfu syukran dik. Tak berhubung melalui whasep, tak bertanya khabar melalui telefon dan tak berbalas komen di Fb tak bermakna kalian terhapus dari ingatan. Doa sentiasa dititip agar kalian sentiasa berjaya dalam apa jua yang kalian lakukan dan sentiasa menjadi anak yang ohsemm untuk abah dan mama insyaAllah


No comments:

Post a Comment