~PESONA MAWADDAH~
Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
Kak Afiqah dan Kak Aish punya cerita.
Pesona Mawaddah adik-adik tercinta,
Taatilah Allah yang Maha mencipta.
(inilah nama kumpulan
yang dapat ANUGERAH KUMPULAN PALING RAJIN)
Akak-akak fasinya..kak
Nurul Afiqah Bt Khadri dan kak Rohadatul Aish Bt Ab Razak..
*Alhamdulillah..*
![]() |
Kumpulan Pesona
Mawaddah yang baris pertama tu..sebab kumpulan ni always FIRST!
Aqilah Binti Abd Aziz.
Kelas 1 Ali.
Sebelum perbentangan
nak berlatih ngan akak fasi dulu katanya..
|
Kumpulan Pesona
Mawaddah dapat hamper besar… ANUGERAH 6 KUMPULAN TERBAIK..^^..
Aik? Ada 6 orang jer??
Maklumlah..yang lain tengah bersiap-siap nak balik rumah dah..
Hari perpisahan..keceriaan terserlah
Jannah Zafirah comel dan lawa,
Minta cikgu Wan belanja puding.
Soleh pintar di SMKAWA,
Teruslah maju ke menara gading.
Khusyuk sangat
berbincang sampai tak prasan kena snap..ni lah contoh pelajar terbaik.
Semangat menuntut
ilmu..^^..
“Hal antum musta’iddun?” Tanya bro Ali,
Jeritan “Balaa!!” satu dewan digegarkan.
Ilmu fardhu ain penting sekali,
Ilmu thaharah jangan dilupakan.
Slot Ice Breaking :
Adik-adik Soleh Pintar ni kena cipta nama kumpulan, logo dan trademark
kumpulan. Kena kreatif ni..
Muslimah Mujahidah ni
antara nama kumpulan pelajar perempuan..(mestilah,dah nama pun Muslimah..==’)
Bunga Raya warna merah,
Bunga Ros pun warna merah.
Pada Allah kita
berserah,
Tuntutlah ilmu jangan
menyerah.
Eh! kumpulan Muslimah
Awesome pun dah siap lah..masa untuk berlatih trademark pulak..
*maaf sebab sempat
tangkap gambar beberapa kumpulan jer..sebab sibuk uruskan adik2 Pesona Mawaddah
lah katakan..(kakak mithali..amin..)
Pengalaman 3 hari
bersama adik-adik SMKAWA memang tak dapat dilupakan..
Kak Syafiqah sentiasa berjaga,
Tugas dilaksana tak pernah alpa.
Adab berguru mesti dijaga,
Hormat ibu bapa jangan dilupa.
*Semoga apa yang
abang2 dan akak2 fasi sampaikan tidak hanya digunakan selama 3 hari sahaja,
tetapi biarlah ianya berpanjangan hendaknya.










No comments:
Post a Comment