Friday 10 July 2015

Bicara Penutup - ”Semusim Bersama, Seabad Terasa” (Dr.Anuar)

Penghargaan


Salam mahabbah.

Terlebih dahulu, ALHAMDULILLAH! Setinggi kesyukuran dirafa`kan ke hadrat Ilahi di atas berlangsungnya program SINARAN 15 (GXEX1417 Jalinan Masyarakat) di Sekolah Kebangsaan Agama Wataniah (SMKAWA) Besut, Terengganu.

Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil sokongan padu dan dokongan mantap semua pihak terlibat, terutamanya pihak pengurusan APIUM, Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Dr Ridzwan Ahmad yang memberikan kerjasama yang baik, pihak Pengetua, pengurusan dan pendidik SMKAWAJ/APIUM, Cikgu Mohd Noor, pihak mahasiswa Jabatan Fiqh & Usul, APIUM dan anak-anak tingkatan 1 SMKAWA di samping para penyumbang yang budiman.





Travelog Jalinan Masyarakat 2014/2015


1.0  Penarikan Diri

Permulaan perjalanan program penuh dengan drama. Akibat sikap acuh tak acuh para mahasiswa, saya pada mulanya agak terkilan dan ingin menarik diri daripada menjadi penyelaras merangkap penasihat SINARAN 15. Prinsip saya mudah, nak bekerja dengan saya mesti penuh dedikasi. Jika tak, sila pilih orang lain yang sekadar bekerja cukup syarat saja. Ini kerana program yang melibatkan masyarakat, bukan saja melibatkan nama baik Universiti Malaya, malah pihak jabatan dan nama baik penyelaras sendiri.


2.0  Setiap kejayaan bermula dengan Perancangan (kezaliman bersistematik mampu mengalahkan kebenaran tanpa sistem).


Saya yakin potensi pelajar yang memasuki Jabatan Fiqh dan Usul. Dengan latar belakang alam sekolah yang hebat. Ada pelajar keluaran KISAS, Maktab Mahmud, SMKA, DQ dan ada juga alumni SMKAWA sendiri. Saya optimis mereka mampu menggalas amanah ini dengan cemerlang. Biarpun saya alumni Sek Men Tarbiyah Diniah, Kulim (Sekolah Agama Rakyat), saya tidak rasa inferioriti menghantui saya. Saya ingin mereka berjaya dalam program SINARAN 15 ini. Justeru, mereka WAJIB merancang dengan baik perjalanan program ini A-Z. Proposal mesti kemas, perlu analisis SWOT (leh google deh) bagi memastikan risiko tiap perancangan yang diatur. Begitu juga dengan bajet, kena rancang dengan kemas. Pelbagai cadangan dikemukakan oleh mahasiswa tahun 1 melibatkan program di Rumah Anak Yatim, Sekolah dsb. Akhirnya, saya menasihatkan pemilihan SMKAWA berdasarkan cadangan yang diberikan. Namun kita kena ingat BIARLAH PERANCANGAN GAGAL, bukan GAGAL MERANCANG. Sebolehnya kita merancang KEJAYAAN.




3.0  No Pain, No gain (Kerja Keras kunci kejayaan)

Asas utama sebuah kejayaan adalah usaha keras ataupun kerja kuat di samping berdoa dan bertawakkal pada Allah SWT. Bermula dengan kerja lapangan di SMKAWA oleh Amree dan Asma’, akhirnya kami nekad dan tekad untuk memilih sekolah SMKAWA sebagai tempat program. Masalah tetap ada walaupun pihak sekolah menaja sebahagian besar program di sana. Jarak yang jauh melibatkan kos pengangkutan yang tinggi, iaitu 4K++. Ini bermakna pihak mahasiswa perlu mencari tajaan dengan giat. Alhamdulillah, Allah membuka hati para penyumbang untuk memudahkan gerak kerja kami. Kerana di mana ada usaha, di situ ada jalan. Bukankah Allah berfirman: sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan, dan sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan. Yakinlah, jangan pernah putus asa berusaha.





4.0  Ta`awun asas kekuatan gerakan (Kerjasama teras kekuatan)

Kekuatan sebuah organisasi adalah kerjasama yang jitu antara ahli-ahli. Tidak dapat dinafikan, dalam kesatuan itu, ada kepelbagaian. Sementelah adik beradik yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama pun masih berlaku perbezaan dan konflik, inikan pula anak-anak dari rahim berbeza. Ada yang rasa senior dan ada yang junior walaupun hakikat semuanya masih junior Tahun 1. Beza umur setahun tidak menunjukkan senior lebih hebat dan junior tampak inferior. Alhamdulillah, gap ini berjaya dihapuskan dan semua ahli usrah JFU 14 memberikan kerjasama yang tiptop dalam menjayakan SINARAN 15. Setakat sedikit keculasan dan pengularan itu,  dimaafkan saja.  

5.0  Ikhtilat/ Adab dan akhlak

Satu gejala yang semakin merunsingkan kini adalah ikhtilat atau pergaulan tanpa batasan. Kita tahulah, entum mengaji agama, entum faham batasan. Namun, itu bukan jaminan entum tidak terbabas. Jangan terlalu “mesra alam” walau 1 Jabatan, 1  majmuah, 1 sekolah 1 Nilam Puri dsb. Syariat tetap syariat, WAJIB dijaga.Sebagai pelajar agama, wajib kita menjadi manusia yang mutadayyin. Ada tamayyuz dan ada gap yang digariskan Syarak. Mesra alam tahap mana pun, jangan leburkan identiti dan jati diri seorang pelajar agama mutadayyin. Dan menjadi fitnah kepada agama. Memang ada beza antara “pelajar agama”” dan mereka yang beragama”. Kita duta2 kecil agama Islam sama ada kita Jabatan Fiqh dan Usul, Syariah ekonomi, Syariah Pengurusan, Syariah Undang-undang dsb. Selagi mana pelajar APIUM, entum adalah ustaz atau ustazah. Jangan feeling “hot” sangat di zaman ramai manusia mengejar populariti dan malas mengaji. Jika tidak, al-Islam mahjub bi al-Muslimin.

Alhamdulillah di luaran masih terjaga, tapi di dalaman? jeng jeng jeng(moga dijauhkn)

6.0  Kasih Sayang kerana Allah

Dalam berorganisasi, jangan bermain dengan perasaan jika tidak mahu disakiti. Jangan menimbulkan isu-isu sensitif sesama kita. Alhamdulillah dalam Usrah JFU 14, rasa ukhwah antara kami agak rapat, mungkin asas al-taaruf dan al-tafahum membuahkan al-ta`awun serta wihdatul amal.

Namun, sekiranya kita tidak mahu dijadikan pasangan hidup dengannya, jangan digetari rusuknya. Jika kita belum rapat dengan seseorang, jangan pergi terlalu jauh dalam kehidupan peribadinya, unless memang kita caring dan rasa bertanggungjawab. Tak usah ditanya kenapa tak kahwin? bila nak kahwin? Kenapa tak pilih orang itu, orang ini? Tak perlu nak tunggu menunggu. Sapa yang sampai jodoh dulu, dipersilakan. Jika kita ikhlas, offer kakak dan adik atau anak kita. Kenapa mesti orang lain. Kenapa mesti yang terlepas kapal. Tak perlu busy body dalam hidup orang. Mungkin jodoh orang belum sampai dan mungkin juga jodoh tu belum lahir lagi. Jodohkan RAHSIA Allah. Kenapa mesti memaksa. Jika kita tidak mampu membahagiakan orang, jangankan kita menambah duka dan lara orang. Ustaz sayang semua ahli Usrah JFU ‘14 kerna Allah. Rusukku masih utuh. InsyaAllah.





7.0  Bermukim di SMKAWA Pengalaman Berharga

 Setelah bermesyuarat lebih sepuluh kali, akhirnya tibalah masa untuk kami berkampung di SMKAWA Besut. Pada mulanya, berhasrat untuk drive berasingan. Namun setelah difikir masak2, better naik bas bersama dan beramai2 ke sana. Inilah ruang untuk mengenali semua ahli sebagai teman permusafiran. Langkah ini juga untuk mengelakkan salah faham dalam perjalanan, sedangkan masa itu amat penting. Kalau lambat, biarlah kami bersama dan kalau terjadi apa-apapun, kami bersama. Sebelum bertolak, kami mengadakan solat hajat secara jamaie agar perjalanan diberkati. Dan kami juga menikmati makan malam bersama-sama.
Kami bertolak dalam jam 11pm. Kelakarnya, dalam perjalanan pergi, Muslimat berkeras nak duduk di kerusi belakang bas, sedangkan Muslimin terpaksa berada di hadapan. Tak apalah, mereka inginkan pengalaman naik bas. Alhasil ada Muslimat mabuk darat dan tidak cukup tidur. Muslimin, alhamdulillah.


Mungkin ada pelajar tak selesa, kenapa Dr Anuar nak ikut, sedangkan penyelaras lain, ada yang tak jenguk muka di lokasi dan 100% percayakan pelajarnya. Namun, tidak bagi saya. Saya perlu bersama-sama di sana untuk monitor dan guide pelajar program ini. Hinggakan ada yang menggelar Mr Perfect. Ada pelajar yang rimas dengan sikap perfect kerana mereka mungkin belum ketemui sabda Nabi SAW yang menyatakan Allah menyintai hambanya yang itqan. Ada masanya, kita turut bertoleransi dengan sedikit ketidakemasan, namun kecuaian amat wajar dielakkan.


Kami tiba di sekolah jam 9 am hari Khamis. Sampai di SMKAWA, kami disambut meriah oleh Tuan Pengetua, para guru dan adik-adik tingkatan 1. Alhamdulillah bersyukur dengan layanan baik pihak sekolah. Walaupun terpaksa bermalam di bilik warden seadanya, makan menu asrama, namun kenikmatan itu tidak dapat digambarkan. (walau boleh claim hotel berdasarkan gred gaji, biarkanlah, yang penting anak-anak JFU ada depan mata). Be humble! Kita semua berasal dari tanah. Jangan mendiva dengan kelebihan kita yang tak seberapa.








 Antara aktiviti-aktivit; yang dijalankan







Majlis penutupan:







Tiap malam selepas habis program, kami adakan post mortem untuk menambahbaiki perjalanan SINARAN 15 walaupun masing-masing dah cukup penat. Alhamdulillah, program berjalan seperti yang dirancangkan. Walau ada sedikit perubahan. Sambutan pihak sekolah, komitmen urusetia, kerjasama adik-adik SMKAWA amat baik. Program mencapai objektif yang dirancang 3H2M penuh dengan suka dan air mata.


 8.0  Nostalgia Nilam Puri/Biah Solehah
Setelah selesai program SINARAN 15 di SMKAWA, kami mengambil kesempatan untuk ziarah ke rumah mahasiswa sekitar Besut dan Kelantan. Rugilah sesapa yang menutup pintu rumahnya. Kami singgah di rumah Asma dan dijamu laksam yang sedap, diteruskan rumah Faezah dan dihidangkan nasi minyak dengan gulai ayam yang osem dan diteruskan ke rumah Shahrul di Kelantan dan kami dijamu mee tomyam yang enak. Alhamdulillah, syukur dapat singgah, makan dan mengenali ahli keluarga usrah JFU 14.







Perjalanan diteruskan dan kami singgah sebentar di Wakaf Che Yeh dan kami bermalam di Nilam Puri, kampus asasi pengajian Islam UM, yang digelar sebagai bi’ah solehah (literally kawasan yang baik). Menggamit kenangan silam selama 2 tahun di sini. Terima kasih kepada pihak pengurusan Nilam Puri yang menaja penginapan kami. Paginya saya dijemput Ust Hazrul Salleh, Pengetua Asrama NP untuk bersarapan nasi kerabu singgang daging di Jalan Ketereh. Malangnya, saya pantang makan haiwan berkaki 4 dari hujung tanduk hingga hujung ekor. Namun masih ada pilihan ayam bakar. Dan Para mahasiswa bersarapan di rumah tamu, Mereka mengambil peluang bertemu dengan pensyarah dan staf yang mereka rindui. Kami bertolak ke Pasar Siti Khadijah dalam jam 11 am dan kami ke Rantau Panjang untuk nyopping. Dalam jam 6 pm kami bertolak balik ke KL dan sampai di APIUM dalam jam 3am hari Isnin. Saya naik ke pejabat untuk berehat dan meneruskan kerja. Alhamdulillah.





9.0  Post Mortem/ Muhasabah Untuk Memperbaiki Diri

Setelah bekerja hampir satu semester bagi menjayakan program SINARAN 15, pasti ada kelebihan dan ada kekurangannya. Antaranya:

9.1  Practice makes perfect/Kelemahan berkomunikasi/pengurusan
Latihan atau TOT perlu diperkemaskan lagi agar fasi lebih jelas dan mampu menguasai pentas  dengan baik.

9.2  Back up plan/cepat bertindak
Perlunya back up plan, agar tindakan pantas dapat dibuat, Misalnya ada beberapa kelemahan yang tidak dapat diselesaikan dengan pantas kerana selepas plan A, kira masih ada hingga huruf Z untuk dirancang.

9.3  Adaptasi dengan perubahan/Jangan alpa
Setiap perubahan yang dibuat, perlu diadaptasi oleh ahli dengan pantas. Kita merancang, pihak sekolah ada perancangan dan kita cuba kompromikan perancangan tersebut dengan harmoni. Jangan saling menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.

9.4  Idealis vs Realis
Jangan terlalu ideal dalam merancang suatu program. Jejakkan kami di bumi dan sesuai dengan realiti sekeliling kita agar tidak terawang-awangan di kayangan.




10.  Nasihat/Wasiat

Tiap kita mempunyai cita-cita tersendiri. Namun untuk mencapai cita-cita tersebut, kita wajib fokus. Sebagai seorang pelajar, wajib fokus kepada pembelajaran di kampus. Jangan pengajian di kampus terabai dek kerana obsesi mencari ilmu luar kampus dan menjadi pejuang masyarakat. Hafazan terabai, Assignment individu dan kumpulan terabai tetapi masih ada hati mengharapkan pengertian dan boncengan gratis ahli kumpulan. Ini adalah amanah ilmu. Untuk apa dilaungkan kebebasan akademik, sedangkan kita telah bebas akademik tanpa ulangkaji dan buat assignment. Mungkin makhluk bumi admire dan inspire dengan kehebatan kita, namun makhluk langit lebih mengenali kita. Kaki tuang, kaki ponteng, kaki boncengan, kaki tidur, kaki meniru, kaki kopipasta dsb.
Setiap kita dilahirkan dengan potensi yang khusus. Potensi ini perlu digilap dan digarap dengan baik. Kita tidak dilahirkan untuk mewarisi kegagalan. Rancangkan lah perjalanan akademik ini dengan sirat mustaqim. Belum terlewat  untuk merancang. Perjalanan masih jauh dan tetapkan hala tuju dan cita-cita. Jangan alpa atau ghalit ditelan peredaran zaman. Biarlah tampak hebat itu seiring dengan isi di dalam. Siapa anda di masa mendatang? Hadapi cabaran untuk menggapai kejayaan, agar tidak berkubur tanpa nisan.




Akhirnya, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan SINARAN 15. Tidak dilupakan Cikgu Mohd Noor yang sentiasa bersama sepanjang program. Usikan dan gurauannya menjadi kenangan SINARAN’15. Moga program ini menjadi pemberat timbangan amal kita di hari akhirat kelak.






Salam sayang.
Dr Anuar





2 comments: