Tuesday, 26 May 2015
salihah ( Unit media )
UKHUWAH
KITA TILL JANNAH INSYA-ALLAH
Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka bicara buat
semua pembaca..
Buat semua sahabat2 Jabatan
Fiqh dan Usul,pertama sekali, ingin saya ucapkan setinggi2 tahniah buat antum
semua .Dengan berkat usaha kita semua dan bantuan penyelaras kita yang
dihormati, iaitu Dr Anuar Ramli…Alhamdulillah,kita telah berjaya menjalankan
sebuah program jalinan masyarakat(JM) di suatu tempat yang agak jauh dari
UM..iaitu di SMKA Wataniah di Besut Terengganu.Program JM kami bernama Kem Pengahayatan Sahsiah Tunas Cemerlang atau
akronimnya SINARAN `15.Program kami ni berlangsung selama 3 hari 2
malam.Program kami bermula pada (7/5/15) hingga (9/5/15).
Dalam program SINARAN , saya
menjadi ajk multimedia bersama Syaza.Ketua unit saya ialah blogger kami,
Syabee.Saya ditugaskan untuk mengambil gambar untuk setiap slot dan membuat
buku program. Saya juga menjadi fasilitator yang berpasangan dengan sahabatku Maryam bagi
kumpulan An-Nissa.Alhamdulillah…kami mendapat adik2 yang tak banyak ragam,
aktif, suka melawak dan tak malu untuk
bertanya..Walaupun JM telah melabuhkan tirainya..Alhamdulillah kami masih
berhubung dengan adik2 kumpulan kami ..Moga ukhuwah kami kekal dan perkenalan kami dengan adik2
memberi banyak manfaat pada mereka.
Bersyukur sangat dapat
menjalankan program bersama adik2 yang
masih lagi memerlukan banyak perkongsian dari kita semua.Mereka pelajar
tingkatan 1 yang baru mula memasuki alam remaja..Moga dengan program SINARAN ini
dapat memberi pencerahan kepada mereka tentang erti kehidupan yang sebenar sebagai hamba Allah di muka bumi ini melalui modul2 yang kami sampaikan kepada
mereka.
Selain tu..apa yang paling
utama dalam program SINARAN ni..ialah, dapat merapatkan ukhuwah sesama ahli
JFU,dan pensyarah kami.Alhamdulillah,syukur sangat2..sepanjang program JM
..suka duka yang dilalui dapat
menjadikan kami lebih rapat..dan yang paling penting ..sebuah persahabatan yg
terbaik adalah persahabatan hingga ke
syurga-NYA .Insya-Allah…
Akhir
kalam..moga Jalinan Masyarakat yang kita laksanakan ini bukan hanya untuk
memenuhi syarat untuk lulus dalam subjek ini sahaja, tetapi yang paling utama
adalah untuk mendapat redha-NYA dan nilaian keikhlasan hati kita untuk
dipersembahkan pada-NYA..Moga dengan apa yang kita buat dapat saham di akirat
kelak…aminn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment