Tuesday, 26 May 2015

afiq adha ( unit multimedia )

“Aku Hanya Insan Biasa”

Assalamualaikum ….

Hari yang telah berlalu mana mungkin dapat kita kembali, begitulah juga hari-hari yang telah kita lalui bersama selama tiga hari pada 7-10 Mei yang lalu. Hanya insan yang terlibat dalam “SINARAN 15” sahaja yang mengetahui perasaan suka dan duka, pahit manis ketika bersama, berganding bahu bagi menjayakannya.

Barangkali Jalinan Masyarakat(JM) ini kali pertama di luar kawasan buatku bersama kawan-kawan tersayang. Tuhan yang mentakdirkan segala buat kita semua bertemu. Bagiku kalian sangat menerima baik kunjungan kami walaupun apa yang aku berikan tidak lah sebesar mana. Tapi, pada hakikatnya, ini lah program pertama yang aku telah menitiskan air mata.
Terima Kasih Adik-Adik SMKAWA.

Mungkin masa yang terluang bersama adik-adik tidaklah terlalu lama, tetapi peluang yang ada tidak aku lepaskan iaitu ketika mengendalikan slot Taharah di pagi Jumaat. Apa yang telah disampaikan sangat ikhlas di hati supaya kalian menjadi insan yang luar biasa suatu ketika nanti. Kalian mengingatkan ku sewaktu aku bersekolah dahulu, sangat kurang ilmu berkaitan hal-hal keagamaan, padahal sekolah agama juga (hehehehe). Tetapi energetic adik-adik membuatkan aku sangat bersemangat ketika mengendalikan slot pagi tersebut.

Moga-moga adik-adik terus bersemangat walaupun di dalam kelas bersama guru-guru yang lebih baik demi memungut ilmu yang bermanfaat.
Buat adik-adik kumpulan “SOLEH PINTAR” aku harapkan kalian tidak melupakanku (hahaha) , jangan nakal-nakal, jadikan anak yang soleh, pelajar yang baik dan yang paling penting ingatlah bahawa kita adalah pejuang-pejuang sahsiah. Terima kasih sangat-sangat dengan kemesraan yang diberikan. Kalian mengajarkan aku supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan amanah dalam menuntut atau menyampaikan ilmu. Aku sayang dan rindu kalian.

Terima kasih lagi buat adik-adik dengan semangat dan kerjasama yang diberikan.
“Kita hanya insan biasa, tetapi dengan ketaqwaanlah kita menjadi mulia”


SLOT TAHARAH

Senyum semua………. J



AFIQ ADHA BIN ABDUL AZIZ

No comments:

Post a Comment