Tuesday, 26 May 2015

aish ( Unit pengangkutan )

بسم الله الرحمن الرحيم.....


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…
Segala puji bagi Allah yang menciptakan segala kejadian di muka bumi..betapa rahmatnya luas bagi hamba-hambanya…

Alhamdulillah, Kem Pemantapan Sahsiah Tunas Cemerlang Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Wataniah Besut telah selesai pada 9/5/2015..selama 3 kami berada di sana bermula 7/5/2015 banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat ditimba dari insan-insan mulia yang berada di sisi..


Bermula dari awal semester 2, beliau banyak membimbing kami dalam merancang program yang ingin di lakukan sehigga sanggup turun padang sekali dengan kami ke Besut untuk memberi semangat kepada kami dan untuk memastikan program kami berjalan lancar..beliaulah Dr Anuar yang sangat saya kagumi, terima kasih ustaz..tak kurang juga adik beradik JFU yang begitu mengambil berat antara satu sama lain..moga ikatan ukhuwwah yang terbina ini kan tersimpul padu dan mendapat keredhaan dari Allah.. IN SHAA ALLAH


“ Gambar kawe xdop sebab balik ghumoh doh maso ni..”


Terima kasih juga kepada pihak sekolah smkawa kerana sudi menerima kehadiran kami ke sekolah yang begitu hebat pada hemat saya..mengenali adik-adik smkawa adalah satu anugerah yang terindah..apatah lagi bila diri ini berpeluang menjadi fasilitator bagi kumpulan PESONA MAWADDAH yang begitu bersemangat dan rajin..terima kasih dik untuk kenangan yang indah ini..


Adik-adik smkawa yang begitu tekun mendengar segala bicara..


Tahniah !!!! kumpulan PESONA MAWADDAH memang terbaik..





No comments:

Post a Comment