Mencabar diri sendiri..
Alhamdulillah
pengalaman memang mengajar aku erti kehidupan(erk..mcm penah dengar je ayat
ni). Pengalaman yang tidak boleh
dibeli dengan wang ringgit dan harta.
Rindu yang bertaut susah untuk dilupakan(acece..ayat, x tahan..) Back to normal, actually kami dari mahasiswa
power jabatan fiqh usul tahun pertama baru sahaja menyelasaikan tugas wajib dari subjek Jalinan
Masyarakat, dan kami telah memilih untuk menjalankan kem di sekolah ohsem SMKA Wataniah di Besut, Terengganu, memey jauh ngak perjalanang nya. Kem ini diberi
nama Kem Penghayatan Sahsiah Tunas Cemerlang atau nama singkatannya SINARAN ‘15.
Kem kali ni memang mencabar fizikal dan
mental aku, series tak tipu. Dalam masa
yang sama aku juga sebagai ajk teknikal dan tempat bagi kem ni. Inilah kem yang
agak extreme yang pernah aku lalui sepanjang
hidupku(yeke?, yela kot) mana
taknya, dalam aku menjadi kakak fesi yang berwibawa(uhuk) aku juga perlu menjaga dan menyediakan segala barang
teknikal yang diperlukan dalam setiap slot program.
(hanya mampu
melihat sahaja mereka beraksi, ikutkan hati nk join sekali..eh!)
Sebelum program lagi,
aku duk terbayang, macam mana aku nak handle dua benda dalam satu masa, mungkin
orang lain rasa mudah, tapi inilah pengalaman pertamaku dan mungkin agak berat
bagiku. Tapi Alhamdulillah aku tidak keseorangan, ditemani rakan sepasukan yang
banyak membantu, iaitu si penyabar fuad
dan si kecik aisyah. Kerjasama yang diberikan sangat mantap dan menyenangkan.
Kami telah membahagikan kerja supaya segala perkara yang berkaitan dengan
teknikal dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun kami kekurangan tenaga
kerja. Kami sedaya upaya melaksanakan tugas ini walaupun pada hakikatnya kami
tidak pakar dalam bidang ini. Segala permasalahan dan kekurangan sepanjang kem
ini dapat diperbaiki dan dijadikan pengajaran.
(Ajk teknikal yang sopan..hehe J)
Sebagai kakak fesi
yang berwibawa pula(x abih2 lagi), aku bertambah semangat apabila ditakdirkan mendapat kumpulan yang paling
ceria dan proaktif bersama partnerku Cik Salihah. Walaupun adik2 kumpulan kami
sangat aktif, tapi mereka tidak banyak kerenah dan mengikut kata. Banyak sifat
dan sikap yang baik yang mereka tunjukkan, antaranya mereka sangat menepati
masa dan tidak berlengah dalam melakukan sesutau perkara. Dalam ldk pula,
mereka sangat kreatif dalam mencurahkan kembali segala isi yang mereka perolehi
di dalam slot-slot yang disampaikan, sehingga mereka dinobatkan kumpulan yang paling kreatif, dan mereka juga mendapat
anugerah antara 6 kumpulan terbaik. Terdapat 6 slot yang telah disampaikan oleh beberapa
fasilitator dari pihak kami sendiri. Moga adik2 ini dapat menghadam segala slot2 yang disusun khas dari
kami. InshaAllah..
(An- Nisaa’!! pewaris ummah.. *bukan pewaris
warisan ye :D)
Sejujurnya segala
kenangan pahit manis bersama di sana terpahat dan terpaku dihati ini. Memang sedih
bila nak meninggalkan bumi SAMKAWA.. but, at the same time rasa gembira dan
bertuah sangat diberi peluang bekerja bersama
dengan ahli2 usrah jfu dan terutama kepada penyelaras kami yang kami
segani Dr Mohd Anuar B. Ramli yang
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan JM kali ini. Terima
kasih diucapkan kepada sahabat sahibah atas kerjasama dan pertolongan yang
diberikan. Sesungguhnya kalian telah mencipta kenangan yang terindah dalam
hidupku ini(cewah..), moga ukhuwah fillah yang terjalin ini kekal
hingga ke syurgaNya.. Ameenn
![]() |
(para fesi lelaki bersama penyelaras dan guru
berjasa, Cikgu Wan Mohd Noor
|





No comments:
Post a Comment