Cerita
aku. >_<
Aku : Assalamualaikum ~! *gaya lagu raihan.
Adik2 : Waalaikumusalam ~! *gaya raihan juga….
Aku : Oke nama akak Norsa’diah Binti Mohd Affandi, adik2
bole panggil “Kaksady”. Panggil apa adik2 ??
Adik2 : “kaksady….” *sebut ramai2
Aku : Akak asal dari Johor.
Adik2 : “ oh JDT !! luaskan kuasamu…..*Atiq sebut dgn
semangat ! haha
------------------------------------------------------------
Haha…ni lah festime aku berinteraksi dengan adik2 Smkawa ni.
Masa pengenalan fasi.
Mula2 tu rasa malu dan takut …tp bila aku cuba utk memecahkan tembok batu
antara aku dan adik2 dan ianya berjaya, ia menjadi satu kepuasan dan kejayaan yg
aku syukuri. Alhamdulillah.
Tapi masa mula2 aku jejakkan kaki kt Smkawa ni…seolah2
mengimbau kembali kenangan aku di Smka dulu. Suasana yg sama, dewan yg sama,
betol2 membuatkan aku rasa mcm tinggal semula di smka.
Haa satu lagi benda yg membuatkan aku teringat sangat dengan
Smka ! haha.
Iaitu menu makanan kt dewan makan. Memang sama ! sampai
terdetik kt hati aku…tak berubah ubah ke menu ni?? Dari zaman aku dulu sama
je.. hahaa. Tapi memang best .
Lps tu, masa jd fasi, partner aku Ain… mula2 dapat tau aku
partner dgn dia cuak jugak aku…sbb tak berapa rapat sangat dgn dia. Tp bila dah
duduk satu group…baru seronok tu datang. :D
Boleh gurau2, bual2, bessttt…
Pasal adik2 kumpulan Mawaddah pulak, mula2 malu2 arnab semuanya….tapi bila masuk
LDK 1, terus semua jd malu2 harimau.. hahaa.
Alhamdulillah aku dapat adik2 yg baik, comel2, bijak2, Cuma
ada laa sorg dua yg aku rasa dia sedikit nakal. Tapi benda tu tak pelik, sbb
akak fasi dia pon nakal. Hahaa.
Oke lepas tu nak cerita pasal sahabat2 JFU.
Jujur aku kata, dulu mmg semua krik2…aku lgi laa krik2. Aku
ni pulak jenis senyap kalo tgk org semua senyap. Tapi sebenarnya aku ni bising
kot. Hmmm. Cuma xde kwan nak bising dalam tu. Haha.
Tapi, bila program ni berlangsung…automatic aku kenal semua
dan boleh bising sama2 dgn deorang. Best kot, haha. Kalo dulu mcm ada gap
antara kami, tapi bila kt program tu semua jd happy go lucky je trus serta
merta gap tu hilang. Sampai laa lani. Hihii. Syukurr.
Dan aku rasa benda ni lah yg aku paling nak dapatkan. Iaitu
rapat antara JFU. Dan Alhamdulillah aku dapat benda tu…walaupon skrg masih terus
usaha utk merapatkan lagi ukhuwah,.
----------------------------------------------------------------
Oke..idea dah mula kering. >.<
Btw , benda paling seronok bila dapat jalan2 ke Kelantan.
Hahahaha.
Tu paling best. Lagi2 dapat g Nilam Puri dan Rantau Panjang.
Hahaa. Dapat makan Baba aiskrim pulak. Mmg best ahh…lama dah teringin. Huhu.
Dapat jumpa baba, (ustaz Zamri) …walau sekejap tp bermakna
bila dapat lihat senyuman baba. Yela hritu asyik dengar berita baba sakit, tp
bila datang tu tgk baba masih tersenyum, rasa bahagia je hati. Alhamdulillah
:D.
Tu je kot nak crita, sebenarnya banyak lagi nak ceritanya,
tapi macam dah panjang sgt je entry aku ni.
insyaAllah…bila2 nnti aku cerita lagi. Huhu.
Terima kasih kepada semua sahabat2 JFU, dan terima kasih
kepada Dr.Anuar yg banyak membantu kami menjayakan program ni.
Oke..tata titi tutu. Assamualaikum. J J














No comments:
Post a Comment