Nama aku MOHD IKMAL BIN SHAHRIR. Itulah permulaan aku di
SMKAWA sebagai biro disiplin.
Kenangan yang berlalu sangat indah dan tidak mungkin boleh
dilupakan sejak bermulanya program dengan pelbagai masalah tapi itulah cabaran
yang Allah berikan terhadapku.Tak terungkap dengan kata-kata sebenarnya tapi
aku yakin pengalaman serta kenangan ini akan terus mengalir dalam arus
kehidupan yang sementara ini.
Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat jfu yang
sangat komited sebelum semasa dan selepas program.terima kasih kepada kak
Fadhilah dan kak Ain sebab banyak membantu dalam segala urusan sepanjang
program.Menjadi biro protokol amat mencabar dan aku memang tidak pernah ada
pengalaman dalam mengendalikan biro protoko, tambah lagi dengan bekoleberasi
dengan 2 akhowat yang sebelum ni memang tak pernah kenal. Tapi aku yakin semua
yang ditetapkan oleh Allah semua ada hikmahnya dan aku belajar banyak perkara
dan mengenali setiap ahli yang ada dalam jfu ini.
Kenangan di SMKAWA bermula bila ku dilantik menjadi biro
disiplin. Satu kerja yang sangat menduga emosi serta akal seseorang. Tetapi
pabila melihat wajah suci sahabat pensyarah serta adik-adik SMKAWA akal dan
jiwa yang tertekan menjadi sangat tenang bahkan menjadi satu semnagat baru
dalam diri ini.
Walaupun tak punya kumpulan namun aku tetap gembira kerana
melihat kerenah serta gelagat adik-adik SMKAWA dan sahabat-sahabatku.bermula
slotku di pagi hari aku mula memikirkan apa yang aku nak sampaikan kepada
adik-adik semua.aku bercadang untuk menyentuh hati-hati mereka namun bila
melihat mereka terlalu gembira dan sangat ceria aku tak sanggup untuk menyentuh
hati suci mereka. Aku terus menukar rancangan untuk memberi mereka keceriaan di
setiap masa di dalam slotku.
Tiba hari terakhir hati ini mula tersentuh pabila memikirkan
perpisahan yang akan berlaku antara aku dan adik-adik. Setiap saat yang berlaku
aku tidak pernah lupa malah akan tetap berada dalam ingatanku. Bak kata
perpatah setiap pertemuan pasti akan jumpa perpisahan.itu adalah lumlah kehidupan.
Pesanan abang kepada adik-adik belajarlah
bersungguh-sungguh, jadilah anak yang soleh dan solehah yang menjadi permata
yang bergitu bernilai untuk agama islam.
Akhir kata jadilah anak yang soleh dan soehah



No comments:
Post a Comment