Thursday, 18 June 2015

Ammar (unit dana)

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh,pertama sekali, sebagai hambaNya, tidak moleklah kalau aku tidak ucapkan kalimah syukur, Alhamdulillah, atas bantuanNya dan nikmatNya  yang tak terhingga sehingga program jalinan masyarakat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, inginku ucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang membantu terutama ayahnda, dan tidak lupa kepada pensyarahku, Dr. Anuar, yang banyak memberi peringatan, teguran dan dorongan kepada diriku ini, dan juga kepada rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi dikala susah dan senang



Unit dana

Ingin aku ceritakan sedikit bagaimana keadaan sebelum program ini bermula. Aku telah ditugaskan sebagai ketua unit dana untuk program ini. Aku pada mulanya tidak begitu setuju dan rasa terbeban dengan tugas ni dan tak buat apa2 usaha untuk mencari dana sehinggalah minggu terakhir. Pada minggu terakhir itu, aku mendapat mesej teguran daripada Dr. Anuar. Aku baca dengan penuh teliti dan tekun dan entah bagaimana kata-katanya itu terus meresap ke dalam jiwa. Aku tiba2 jadi semangat untuk melakukan tugas tersebut. Pada keesokan harinya, aku terus balik rumah dan meminta panduan dari ayahku tentang cara memohon sumbangan dana secara profesional(bajet2 je kan). Dan dia telah mencadangkan beberapa nama untuk memohon sumbangan dana. Dan alhamdulillah, pada panggilan telefon yang pertama aku buat, jiran dekatku, En Halek, telah memberi sumbangan dana sebanyak rm1000 ! aku terkejut beruk ! hasil daripada sumbangan itu, ia membuatkan aku lebih semangat untuk mencari lebih banyak dana. Dan alhamdulillah, akhirnya, aku berjaya mendapatkan sejumlah wang yang agak banyak angkanya.hehe

"ABC ni bkan dri unit dana tau!! ni ad org blnje...=)"

Kenangan manis

Aku rasa amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan sekelompok pelajar yang sangat aktif dan sporting. Pada kali pertama aku menjejak kaki di dalam sekolah itu, aku dah tahu yang program ini akan menjadi sesuatu kenangan yang hebat dalam hidupku.  Masa aku mula-mula bertemu dengan para pelajar. Aku dah scan pelajar mana yang paling aktif. Dan aku dah letakkan target untuk jadikan dia sebagai ahli kumpulan aku sebab aku yakin yang dia mampu untuk menjadi pemimpin yang baik.Ahli2 yang lain saling melengkapi antara satu sama lain. Dan sejujurnya, sepanjang berlangsungnya program ini, aku sebenarnya banyak belajar dari mereka. Mereka secara tak langsung mengajarku erti  kejujuran. Sikap mereka ini amat mengagumkan aku. Sungguh aku sayangi mereka. Hari demi hari berlalu bersama mereka, hatiku semakin dekat dengan mereka seolah-olah mereka ini adik2 aku.  Dan apabila tiba hari perpisahan, entah mengapa aku perasan, yang aku lebih sedih dari mereka (emotional gitu.lol). Dari lubuk hatiku ini ku mengharapkan mereka menjadi insan yang berguna dan semoga perkongsian yang aku telah kongsikan bersama mereka akan berguna. 







No comments:

Post a Comment