| saya yang depan skali. hehehe |
Assalamualaikum...
بسم الله الرحمان الرحيم
ismi
Mohammad Fuad bin Mohd Rozib. Maaf, saja nak perkenalkan
diri. Teringin sangat diri yang hina ini memperkenalkan diri kepada adik2
peserta sinaran 15 SMKAWA buat kali yang kedua sekiranya diberikan peluang.
Alangkah gembiranya hati yang duka ini, sekiranya diberikan peluang lagi untuk mengecapi
nikmat keindahan bersama adik2 serta teman seperjuangan dalam program sebegini.
Terima kasih kepada kalian semua kerana telahs ama-sama berusaha bersungguh-sungguh
bersusah payah menghempas pulas, siang dan malam demi untuk menjayakan program
ini. Demi untuk menghasilkan mutiara yang tidak terhitung nilainya. Terima kasih
yang tidak terhingga juga diucapkan kepada sahabats aya Muhammad Shahrulanwar
Bin Mohd Syukri selaku pengarah program, serta timbalannya Nur Falahi binti Onn.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih juga kepada Dr. MohdAnuarRamli
kerana sentiasa membimbing kami. "You are the man, and you are the
best". Kehadirannya menyinari lagi program SINARAN ini. Tidak ada kata
yang boleh diungkapkan untuk membalas budi antum semua. Allah sahajalah yang
dapat membalas jasa kalian yang suci ini. Diri yang hina dan kurang sempurna ini
ingin memohon kemaafaan, bukan andai, tetapi memang ada buat bnyak kesilapan sepanjang
program ini berlangsung, termasuk sebelum dan selepas program sehinngga ke posmoterm,
dinner pon termasuk gak. Diri ini sentiasa tidak lari dari kesilapan dan ingin sekali
minta maaf menyusun molek comei jari jemari tangan, kaki, kuku, memohon maaf kerana
terkasar bahasa sertasegala yang buruk yang diri ini telah lakukan.
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah tuhan Penciptaalam, tuhan yang menguasai langit dan bumi
serta dua ufuk timur dan barat. Syukurkepada Allah, kerana program Jalinan Masyarakat
yang mantap dan luar biasa hebat ini selesai juga dengan jayanya. Sedar atau pon
tidak, cepat sungguh masa berlalu bak tiupan angin kencang pada waktu petang
yang memburu senja. Kegembiraan kicauan burung tatkala SINARAN indah matahari pada
siang hari akhirnya lenyap juga ditelan kegelapan malam. Hari demi hari, silih berganti,
semakin jauh program SINARAN 15 meninggalkan kita. Segala pahit manis sentiasa tersemat
didalam lubuk hati ini. Apapun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Segalanya
telah ditetapkan olehNya. Hanya diaTuhan yang MahaMengetahui dan yang
MahaPengasih. Hanya dia sahaja yang mengetahuiapa yang terbaik untuk kitasemua.
والله اعلموالله اعلم
| terima kasih daun keladi!! |
No comments:
Post a Comment