Monday, 25 May 2015

falahi ( Timbalan pengarah )

SEGALANYA DARI HATI


Warta Rasmi dari Istana~

بسم الله الرحمن الرحيم

Khas buat adik beradik JFU 14/15 yang dikasihi kerana Allah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar ,berlalu sudah program Jalinan Masyarakat ( JM ) kita yang telah sekian lama dirancang.


Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua adik beradik JFU14/15 yang telah bertungkus lumus menjayakan program JM sepanjang 3 hari yang lalu.

Tiada penghargaan yang mampu diberikan selain dari ucapan Jazakumullahu khairal jaza’ buat semua yang terlibat.

Selaku Timbalan Pengarah JM untuk kali ini, ana mewakili barisan MT dengan rasa rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan diri andai sebelum ini ada hak-hak yang tak tertunai, tanggungjawab yang tak terlaksana dengan baik, tugas-tugasan yang terlepas pandang, terlebih atau terkurang dalam berukhwah, termarah, terbebel, terguriskan hati dan sebagainya.

Tiada lain yang diharap dan didoakan semoga segala usaha yang telah dicurahkan mendapat keredhaanNya.


Khas untuk muslimah. Sungguh, mengenali entum adalah satu anugerah terindah. 

Diharap, ukhwah yang terbina ini akan terus berkekalan dan bercambah hingga ke syurga. Semoga segala suka dan duka sepanjang bergerak kerja menjadi memori terindah buat kita semua.

bukan belai mereka dengan keinginan dan keseronokan semata.


Akhir kata, bawalah adik-adik entum untuk mengenali Allah, mencintai Rasulullah, dan menyayangi ibubapa mereka. Bawalah mereka mengenali realiti dan tujuan kehidupan,


*******************************************

7 -10 Mei 2015~

Kisah Permusafiran bermula.
Banyak kenangan dan pengajaran yang dapat di kutip sepanjang permusafiran ini.
Mengenali sahabat, mengenali masyarakat.

*******************************************

Mengenali masyarakat.

Jam menunjukkan 8.00 malam, and that’s mean, bermulalah slot tahsin Qiraah.
Dari satu kumpulan ke satu kumpulan, aku menghampiri untuk mendengar bacaan-bacaan mereka. Terasa sebak. Adik-adikku, masih merangkak-rangkak bacaannya. Ku gagahi diri memperbetulkan bacaannya satu persatu.

Menyedarkanku, bahawa diluar sana masih ramai yang perlu dibantu.
Namun apakan daya, malam ini merupakan malam terakhir kami bersama mereka. Masa yang hanya 30 minit cuma, membuatkan kami terasa bersalah ingin meninggalkan mereka.
Hanya doa yang mampu ku hulur, moga adik-adikku akan sentiasa berusaha memperbaiki bacaan mereka.



Mengenali mereka memberi peluang kepada diri untuk memahami perkembangan masyarakat semasa khususnya remaja.

Menjadi Fasi kepada kumpulan AnnurHaq juga merupakan antara pengalaman bermakna walaupun hanya seketika. Didoakan agar semuanya baik2 sahaja. Moga adik2 AnnurHaq khususnya dan semua peserta khususnya terus bermal dengan amal ahli syurga InsyaAllah.


*******************************

Mengenali sahabat.

Mengimbau semula pesan naqibahku dalam perkongsiannya suatu masa dulu, “Kalau kita nak berukhwah dengan seseorang dengan lebih mendalam, dinasihatkan untuk kita lakukan tiga perkara ini bersama mereka iaitu tidur, makan dan bermusafir bersama”.

Pernah suatu ketika, datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, lalu Umar bertanya kepadanya:

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Saidina Umar r.a

“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. 

Saidina Umar bertanya lagi “Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”

Lelaki itu menjawab “Tidak pernah,”

Saidina Umar r.a. bertanya lagi “Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan – kawannya”.

Begitu teliti Saidina Umar memberi panduan untuk mengenali seseorang.

Nah, permusafiran yang singkat ini memberi peluang mengenali mereka dengan lebih mendalam.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menziarahi teratak adik beradik JFU kami di sekitar Terengganu dan Kelantan. iaitu Asma, Faezah dan Shahrul. Jazakumullah atas layanan dan juadahnya. Raya Idulfitri nanti jemputlah ziarah ke Johor pula ya!
Ziarah mahabbah ini menyedarkan diri akan erti syukur dalam setiap segi kehidupan.



 Rumah Asma ; wajah ceria setelah makan berpinggan2 laksa .




Rumah Faezah : Teratak hijau yang mendamaikan menyambut mesra kedatangan adik beradik JFU.  (nampak tak Syabee tak sabar nak makan nasi minyak.)




Dalam perjalanan ke rumah shahrul, Hajar paling semangat naik hilux : “1,2,3,4 naik cepat. Lambat tinggai.” Pengalaman pertama naik belakang Hilux mungkin ?


Calon PMUM 15/16 insyaAllah ; Undilah saya



Pembuli2 tegar


Sejujurnya, terlalu banyak yang ingin dirakamkan dan diulang siar dalam ruangan kecil ini, namun biarlah ia menjadi simpanan dalam memori hati dan fikiran.

Terima kasih kepada adik beradik JFU yang sudi memberikan peluang dan kepercayaan kepada diri ini untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman.

Terima kasih kepada adik-adik SMKAWA yang sentiasa menceriakan kami saat berpenat lelah memeras tenaga.

Terima kasih kepada warga SMKA Wataniah Besut, atas kerjasama yang diberikan terutamanya Cikgu Wahed dan Cikgu Wan Md Nor.

Dedikasi khas buat cikgu Wan Mohd Nor kerana membawa ke hospital tempoh hari. Moga Allah membalas segala kebaikan yang telah dilakukan InsyaAllah.

Sekalung penghargaan buat barisan MT Muhammad Shahrulanwar, Zaleha dan Siti Hajar atas kerjasama juga buat penyelia, Dr. Mohd Anuar bin Ramli yang sentiasa mengambil berat dan membimbing kami serta memberikan tunjuk ajar sepanjang bergerak kerja. Terima kasih sudi belanja kami makan. Semoga Allah limpahkan dan murahkan rezeki buat ustaz sekeluarga insyaAllah.

Terima kasih semuanya.



Semoga setiap usaha kita ini mendapat keredhaanNya dan menjadi salah satu asbab untuk menjejakkan kaki ke syurgaNya insyaAllah.




No comments:

Post a Comment