Monday, 25 May 2015

Aisyah Baharuddin (Unit Media)

nk ckp, unit media duk blakang tabir je

Salam Alaik, nama saya Nur Aisyah. 12/02/1994 merupakn tarikh keramat dimana lahirnya saya yg agk comel. Mesti takde kaitan langsung dengan program Anggapla tu muqadimah saya. Alhamdulillah dengan sepenuh kepercayaan yg diberikan oleh mantan timbalan pengarah program, saya telah dilantik menjdi,,,,,,,,,,,unit media (krikkrikkrik) nmpak tak kat situ nk menggambarkan  masih bru dlm unit ini.

Dikesempatan itu juga, saya menjadi fasi separuh masa (adaptasi dari tajuk isteri separuh masa ) yg kadangkala berkesempatan dan kdangkala tidak untuk bersama adik-adik di dalam slot-slot yang disediakan. Saya juga pernah merasa pengalaman seperti adik-adik saat bru mula ingin menapak dalam membina masa hdapan adik-adik. 




Penat, mengantuk lapar juga saya rasai suatu ketika dahulu sewaktu berprogram, tetapi melihatkn kesungguhan adik-adik dalam setiap slot yg kami sediakan, tidak pernah jemu mengambil segala bentuk ilmu yang kami sampaikan, membuatkan tercetus dihati kecil saya 'adik-adik insan luar biasa yang akan menjadi pelapis harapan anak bangsa'.

Kalau nk cerita pengalaman, bnyak suka duka yang dapat saya rasai diawal skala perbincangan program ini sehinggalh ke pengakhiranya. Pengalaman berada dibawah media merupakan perkara yang diingati kerana begitu banyak perkara baru yang dapat dipelajari. Kesungguhan unit lain dalam melaksanakan gerak kerja mereka membuatkn saya juga terdorong untk segera mempelajari perkara yang berkaitan dengan media bgi memastikan kelancaran gerak kerja seperti unit lain.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang bnyak membantu memberi sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus dalam memastikan unit media adalah unit yg terbaik #eh.Juga setinggi abc tower (hint suruh blanja) saya ucapkn kepada Dr.Auar dalam membimbing unit kami menjadi unit yg terbaik jgak.#eh
tulang belakang unit media

yg ni tulang... eh silap, pembantu am unit media (kdang2)hahaha
Harapan saya ialah ingin hidup bahagia, ok tak lawak, mestila moga apa yg kami usahakn diredhai dan dterima amalnya. Moga apa yang kami smpaikan kpada adik-adik juga dapat dipraktikan dalam membentuk pribadi Muslim. Terakhir skali mestila untk ahli jabatan sndiri iaitu , moga program ini menjadi titik permulaan bgi kami dalam membina tapak menjadi insan yang berjaya dan berguna di masa hadapan. Insyallah.



Entri khas, terima kasih kepada adibah sbb bnyak sngt membantu unit media, juga kepada abil kerana mengeruhkan lgi unit media yang sedia ada. Terima kasih bnyak-banyak. hahahaha


No comments:

Post a Comment